Friday, December 3, 2010

PERUBAHAN TARIKH SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula dari tahun 2011 tarikh sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan yang sebelum ini adalah pada 30 dan 31 Mac akan diubah menjadi 11 dan 12 November.

Perubahan tarikh ini sedang berada di dalam proses pewartaan dan makluman rasmi mengenainya akan dibuat kemudian oleh Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias.