Laporan-laporan the New Sunday Times pada 6 Jun 2010 bertajuk “Sultan showing vast improvement” dan “'No question of a new ruler for Kelantan'” adalah dirujuk.
Kami di the Kelantan Insider amat menghargai kerjasama pihak media massa, termasuklah the New Sunday Times, di dalam memberikan liputan ke atas apa sahaja perkara yang menyentuh tentang Istana Kelantan.
Begitupun, kami juga amat memandang berat penyiaran apa-apa laporan yang dibuat berasaskan kepada sumber yang tidak sepatutnya yang tidak memberikan gambaran yang sebenarnya tentang Istana Kelantan.
Petikan-petikan dari laporan bertajuk “Sultan showing vast improvement” ini adalah dirujuk:
1. The Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra, has reportedly shown vast improvement after receiving medical attention in the state.
2. A source close to the royal household said, based on experts' assessment, it would normally take some time or even years for patients with similar illness to recover.
3. "The sultan, who celebrated his 60th birthday this year, has improved a lot and showed positive changes, especially when under the care of the panel," said the source.
4. "This is like a miracle and also a good sign for the royal family and the rakyat. If he continues to improve, it is not impossible that he will fully recover," sources said.
Untuk makluman semua pihak, Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Dato' Abdul Halim Hamad, telah diarah mengeluarkan “Pengedaran Istana Bilangan 1 Tahun 2010” pada 2 Januari 2010 dalam mana pengedaran ini menyatakan bahawa “tiada mana-mana pihak termasuk media cetak atau media elektronik dibenarkan menyiar sebarang kenyataan mengenai berita yang berkaitan dengan Pejabat Sultan Kelantan dan apa jua yang berkaitan dengan Istana Kelantan kecuali ianya mendapat ampuni perkenan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan” dan bahawa “adalah diharapkan semua pihak termasuk media cetak dan media elektronik dapat merujuk kepada Pejabat Sultan Kelantan jika ada apa-apa kenyataan yang dibuat atau yang hendak disiarkan”.
Sehubungan dengan itu, tindakan the New Sunday Times menyiarkan laporan bertajuk “Sultan showing vast improvement” berdasarkan kepada keterangan “a source close to the royal household” atau “sources” ini adalah sangat dikesali kerana ia jelas tidak selari dengan maksud pekeliling ini.
Untuk makluman semua pihak juga, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merasa sangat gembira jika dakwaan “a source close to the royal household” bahawa ayahanda Baginda “has shown vast (even miraculous) improvement” dan “has improved a lot and showed positive changes” adalah benar. Walau bagaimanapun, pihak yang mengeluarkan dakwaan ini sepatutnya lebih bertanggungjawab di dalam berbuat demikian: Jika dakwaan ini benar, ia perlulah disertakan dengan bukti-bukti, seelok-eloknya berupa laporan perubatan terperinci, mengenai bentuk-bentuk “vast (even miraculous) improvement” dan “positive changes” itu.
Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan sebenarnya mempunyai maklumat-maklumat yang cukup, yang terkini dan yang mutakhir mengenai tahap kesihatan ayahanda Baginda, malah Baginda juga telah turut dimaklumkan mengenai dapatan-dapatan laporan panel perubatan yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, Baginda sengaja tidak mahu mendedahkannya kepada rakyat jelata kerana kasih sayang Baginda terhadap ayahanda Baginda adalah terlalu mendalam menyebabkan Baginda tidak mahu ayahanda Baginda diaibkan oleh pendedahannya.
Kami di the Kelantan Insider merasa sedikit hairan dengan kesungguhan “a source close to the royal household” ini untuk mendedahkan tahap kesihatan terkini Sultan Kelantan kerana dahulu, sewaktu Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan perkara yang sama pada 4 Januari 2010, berasaskan kepada laporan panel perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan, pihak ini juga yang bersungguh-sungguh mempertikaikannya. Apa lagi apabila pendedahan yang tidak disertakan dengan sebarang bukti yang jelas dan kukuh bagi menyokongnya ini dibuat tatkala gambar keadaan sebenar Sultan Kelantan sewaktu dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 9 Mei 2010 yang terpampang di muka depan akhbar-akhbar tempatan pada 10 Mei 2010 masih segar di dalam ingatan rakyat jelata.
Kami di the Kelantan Insider boleh mengagak identiti sebenar “a source close to the royal household” atau “sources” ini. Kami dengan ini juga ingin meminta pihak Kementerian Pertahanan mengambil berat mengenai tindak-tanduk beberapa orang pegawai tentera seperti Kolonel Dr Amir Ramli (nombor tentera 3007058) dan Mejar Zahari Bakri (nombor tentera 3006153) yang sering menimbulkan masalah kepada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan sedangkan mereka sepatutnya menumpahkan ketaatsetiaan mereka kepada Baginda selaku pemerintah tertinggi mereka. Tindak-tanduk mereka yang sering mengelirukan rakyat jelata amatlah dikesali dan perlulah dipandang berat oleh pihak Kementerian Pertahanan, apatah lagi apabila status perkhidmatan mereka di Istana Mahkota Kelantan itu sendiri adalah sangat meragukan.
Kami di the Kelantan Insider dengan ini juga ingin menasihatkan “a source close to the royal household” atau “sources” atau mana-mana pihak sahaja supaya segera berhenti dari membuat kenyataan-kenyataan berbentuk provokasi yang boleh mengeruhkan suasana tenang di dalam negeri ini. Berilah peluang kepada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk menggunakan kebijaksanaan Baginda di dalam menyelesaikan sendiri segala masalah yang sedang melingkari keluarga Baginda ini.
Petikan-petikan dari laporan bertajuk “'No question of a new ruler for Kelantan'” ini adalah dirujuk:
1. A family feud which some believe has escalated into a veiled contest for the Kelantan throne, is not expected to see a shocking twist such as the installation of a new ruler, a state government source said.
2. The source said there was no question of a new ruler being proclaimed as it could hurt the royal traditions and Malay customs.
Untuk makluman semua pihak, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, telah diarah mengeluarkan “Pekeliling Am Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 2 Tahun 2009” pada 23 Ogos 2009 dalam mana pekeliling ini menyatakan bahawa “tiada mana-mana pegawai, kakitangan atau sesiapa jua dibenarkan untuk mengeluarkan atau membuat sebarang kenyataan kepada media massa sama ada atas kapasiti dirinya sendiri atau secara rasmi atau mengambil sebarang bentuk tindakan yang melibatkan urusan-urusan pentadbiran, pengurusan kewangan ataupun hal-hal lain yang bersangkutan dengan nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, Pejabat Sultan Kelantan atau Istana Kelantan tanpa terlebih dahulu disembah maklum dan mendapat ampuni perkenan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan terlebih dahulu” dan bahawa “sebarang kenyataan atau tindakan seperti perkara yang dinyatakan di atas hendaklah terlebih dahulu diangkat secara bertulis untuk disembah maklum ke hadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja melalui Setiausaha Sulit kepada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan”.
Sehubungan dengan itu, tindakan the New Sunday Times menyiarkan laporan bertajuk “'No question of a new ruler for Kelantan'” berdasarkan kepada keterangan “a state government source” atau “sources” adalah sangat dikesali kerana ia jelas tidak selari dengan maksud pekeliling ini.
Sepertimana yang kita semua ketahui, segala urusan mengenai perajaan di negeri ini adalah berada di bawah bidang kuasa Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Adalah berada di luar dari bidang kuasa mana-mana pihak, termasuklah mana-mana pegawai kerajaan sekalipun, untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan atau apa-apa ramalan mengenainya.
Semua pihak perlulah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dianggotai oleh mereka yang sangat berwibawa seperti kerabat-kerabat diraja, pembesar-pembesar negeri, hakim-hakim, peguam-peguam dan ulama’-ulama’ untuk menyelesaikan perkara ini.
Untuk makluman semua pihak juga, Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah dianggotai oleh 17 ahli dan bukannya 18 ahli sepertimana yang dilaporkan oleh the New Sunday Times.
Senarai penuh keanggotaan Majlis Perajaan Negeri Kelantan ini adalah seperti berikut:
1. Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Dato' Abdul Halim Sultan Ibrahim (Yang Dipertua)
2. Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah (Timbalan Yang Dipertua)
3. Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias (Setiausaha)
4. Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra
5. Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra
6. Tengku Panglima Raja Kelantan, Tengku Dato' Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
7. Tengku Dato' Salwani Sultan Yahya Petra
8. Tengku Dato' Rozan Sultan Yahya Petra
9. Tengku Dato' Faridah Sultan Ibrahim
10. Kapten Tengku Dato' Ahmad Farizanudean Dato' Khairi
11. Mufti Kerajaan Kelantan, Dato' Mohamad Shukri Mohamad
12. Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, Dato' Che Mohd Rahim Jusoh
13. Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Aria Diraja Dato' Daud Muhammad
14. Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Hashim Yusoff
15. Dato' Nik Ishak Dato' Nik Daud
16. Dato' Wan Hashim Wan Ahmad
17. Dato' Sukri Mohamed
Sekian adanya.
Bersama-sama ini disertakan laporan-laporan the New Sunday Times yang berkaitan:
Sultan showing vast improvement
KOTA BARU: The Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra, has reportedly shown vast improvement after receiving medical attention in the state.
A source close to the royal household said based on experts' assessment, it would normally take some time or even years for patients with similar illness to recover.
"The sultan, who celebrated his 60th birthday this year, has improved a lot and showed positive changes, especially when under the care of the panel," said the source, referring to the medical panel set up by the state government and the Health Ministry following the ruler's return from Singapore where he underwent treatment from May 24 last year.
"This is like a miracle and also a good sign for the royal family and the rakyat. If he continues to improve, it is not impossible that he will fully recover," sources said.
The sultan had returned on March 4.
The panel is led by Datuk Dr Aris Chandran, a senior consultant at Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh.
Other panel members are Kuala Lumpur Hospital (HKL) neurologists Dr Santhi Puvanarajah and Dr Mak Choon Soon; cardiologist Datuk Dr Rosli Mohd Ali from the National Heart Institute and Hospital Serdang's head of rehabilitation medicine department Dr Bahanordin Jaafar.
Also on the panel are Hospital Bahagia, Perak, head of psychiatric department Datuk Dr Suarn Singh Jasmit Singh, Hospital Raja Perempuan Zainab II head of medical department Datuk Dr Rosemi Salleh, Hospital Permai, Johor, psychiatrist Dr Badi'ah Yahya, Sunway Medical Centre psychologist Prof Madya Dr Teoh Hsien Jin, HKL clinical psychology officer Noraini Darus and HKL medical rehabilitation officer Husmeela Hussain.
The sultan is also receiving treatment from Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) specialists.
"The checks are done once in two weeks at the Istana Mahkota where the sultan resides," sources said.
State Royal Household comptroller Datuk Abdul Halim Hamad declined to comment whether the palace had received the medical report by the panel on the sultan's health.
However, sources said the report would only be forwarded to the palace after it was submitted to the Health Ministry.
The sultan was warded at HUSM for six days last month for a follow-up check. Panel members had examined him twice then.
'No question of a new ruler for Kelantan'
By Nik Imran Abdullah
KOTA BARU: A family feud which some believe has escalated into a veiled contest for the Kelantan throne, is not expected to see a shocking twist such as the installation of a new ruler, a state government source said.
The palace intrigue dates back to the time the ruler was flown to Singapore for treatment on May 24 last year, with his eldest prince, Tengku Mahkota Tengku Muhammad Faris Petra, made regent by the Majlis Perajaan Negeri, or State Succession Council.
The source said there was no question of a new ruler being proclaimed as it could hurt the royal traditions and Malay customs.
Similarly, sources said two princes at the centre of the situation -- Tengku Faris and his younger brother, Tengku Fakhry Petra, who is Tengku Temenggong -- were likely to preserve the family bond.
With Tengku Faris' tenure as regent having breached the one-year mark, Tengku Fakhry is said to have no intention of ascending the throne himself.
"I believe the family bond is strong. It is only some individuals with personal interests who are instigating the discord between the princes," the source said.
The state government announced recently that it had upgraded security around Kota Darulnaim, the state administrative complex, fuelling speculation that something was in store.
Succession council secretary Datuk Aiseri Alias, who is also state secretary, dismissed suggestions that the move was connected with the palace crisis.
"The system is regularly upgraded for better security, and nothing else," he said.
Signs of cracks in the family first appeared in September last year when Tengku Fakhry was dropped from the succession council.
This was not immediately public knowledge until the younger prince filed for a judicial review challenging Tengku Faris' decision three months later, a case which was subsequently thrown out by the Kuala Lumpur High Court in January.
The matter, as the court ruled, now lies with the council.
The central plot to the crisis is defined by moves taken by either side of royalty members to assert their authority.
Copies of a letter purportedly carrying the ruler's decree were distributed to reporters here.
In the letter dated Dec 29, and bearing the signature of Tengku Fakhry, the sultan had purportedly reversed all appointments or revocations of membership in the succession council made by Tengku Faris.
Days later, the regent fought back with an announcement that Tengku Fakhry was powerless under the state constitution to act on behalf of the sovereign (the sultan) regarding affairs of the state.
The sultan's return here on March 4 had raised hopes for a speedy resolution of what appeared to be a palace crisis.
But within weeks, talk about the state of the sultan's health began to dominate conversations again.
Sensing this, Istana Mahkota held a garden party for the ruler's first public appearance on April 6.
Then came the bombshell. The sultan's private secretary, Datuk Wan Hashim Wan Daud, purportedly on the sultan's order, announced that Tengku Faris's regency had been revoked.
Within hours, a rebuttal was issued by succession council secretary Aiseri confirming that Tengku Faris remained the legitimate regent.
The council is made up of 18 members who include Gua Musang member of parliament Tengku Razaleigh Hamzah, who is the council deputy chairman and an uncle of the Raja Perempuan of Kelantan.
Among others on the council are the regent's brother Tengku Bendahara Tengku Muhammad Fa-iz Petra, their youngest sister Tengku Amalin A'ishah Putri, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Salwani Sultan Yahya Petra, Tengku Rozan Sultan Yahya Petra, Datuk Wan Hashim Wan Ahmad, Tengku Faridah Sultan Ibrahim, state mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad and his deputy Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, state Chief Syariah Judge Datuk Daud Muhammad and lawyer Datuk Sukri Mohamed.