Tuesday, October 26, 2010

LENGKAPLAH SUDAH SISTEM KESULTANAN KELANTAN YANG BARU

Sepertimana yang telah kita semua maklumi, dengan terlantiknya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V selaku al-Sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010 maka pada detik itu terbubarlah juga keanggotaan Majlis Penasihat Raja Kelantan yang lama.

Sepertimana yang telah kita semua maklumi juga, Majlis Penasihat Raja Kelantan adalah satu Majlis yang mempunyai peranan yang amat besar sekali, iaitu untuk secara umumnya “menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjalankan tanggungan-tanggungannya”.

Secara spesifiknya pula, di antara lainnya, peranan penting Majlis Penasihat Raja Kelantan adalah terkandung di dalam Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi:

Syarat-syarat mengenai –

(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,

bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.

Versi bahasa Inggerisnya:

Laws of The Constitution of Kelantan (Second Part)

III.

(2) The provisions affecting –

(a) the succession to the Throne and Malay customary dignitaries;
(b) the appointment and attributes of an heir or heirs to the Throne, of the Ruler’s Consort or of the Regent or Members of the Council of Regency of the State;
(c) the removal, withdrawal or abdication of the Sovereign or His Heir or Heirs;
(d) the appointment and attributes of the Ruling Chiefs or similar Malay customary dignitaries and of members of the Council of Religion and Malay Custom, Council of Succession, Council of Advisers or similar bodies; and
(e) the establishment, regulation, confirmation and deprivation of Malay customary ranks, titles, honours, dignities and awards and the attributes of the holders thereof and the regulation of the royal courts and palaces,

may be amended by His Royal Highness by Proclamation issued with the consent and concurrence of the Council of Advisers but may not be amended by any other means.

Tatacara perlantikan Majlis Penasihat Raja Kelantan pula adalah terkandung di dalam Perkara 36 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi:

(1) Majlis Penasihat Raja Kelantan, yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris “the Council of Advisers, Kelantan”, adalah dengan ini ditubuhkan bagi maksud menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjalankan tanggungan-tanggungannya.

(2) Majlis Penasihat Raja hendaklah mengandungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Mahkota serta ahli-ahli yang berikut, iaitu –
(a) Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang hendaklah menjadi Setiausaha Majlis itu;
(b) Mufti Kerajaan; dan
(c) tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada enam belas orang ahli lain,
yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan ditandatanganinya dan dicop Mohor Negeri di antara mereka yang pada fikirannya telah menyumbangkan pekerjaan yang cemerlang kepada Kerajaan ataupun yang telah mendapat kepujian di dalam pekerjaan, perusahaan, pertanian, pergerakan-pergerakan pertanian atau perkhidmatan-perkhidmatan perubatan.

(3) Seseorang hendaklah tidak boleh dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Raja jika ianya, dan hendaklah tidak tetap menjadi seorang ahli jika ia menjadi –
(a) sama ada seorang ahli Majlis Parlimen ataupun Dewan Negeri bagi sesebuah Negeri;
(b) seorang pegawai atau pekerja daripada mana-mana pihak yang berkuasa tempatan atau daripada satu badan yang ditubuh atau pihak yang berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi maksud am;
(c) seorang ahli daripada persatuan buruh atau daripada satu badan ataupun kesatuan yang bergabung dengan mana-mana persatuan buruh.

Versi bahasa Inggerisnya:

Laws of The Constitution of Kelantan (Second Part)

XXXVI.

(1) Majlis Penasihat Raja Kelantan, to be called in English the Council of Advisers, Kelantan, is hereby established for the purpose of aiding and advising His Royal Highness in the performance of His functions.

(2) The Council of Advisers shall consist of His Royal Highness, the Tengku Mahkota and the following members, that is to say –
(a) the Private Secretary to His Royal Highness, who shall be Secretary of the Council;
(b) the Mufti Kerajaan; and
(c) not less than eight and no more than sixteen other members,
appointed by His Royal Highness under His Sign Manual and the State Seal from amongst persons who in His opinion have rendered distinguished public service or have achieved distinction in profession, industry, agriculture, agricultural activities or medical services.

(3) A person shall not be appointed to be a member of the Council of Advisers if he is, and shall not remain such a member if he becomes –
(a) a member of either House of Parliament or the Legislative Assembly of a State;
(b) an officer or employee of any local authority or of a body corporate or authority established by law for public purposes;
(c) a member of a trade union or of a body or association affiliated to a trade union.

Selaras dengan peruntukan-peruntukan ini, maka pada 25 Oktober 2010, bertempat di Kuala Lumpur, telah berlangsung majlis perlantikan semula dan majlis mengangkat sumpah ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru.

Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru ini adalah dianggotai oleh:
1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V
2. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra
3. Nik Mohd Shafriman Nik Hassan (Setiausaha Sulit Sultan Muhammad Ke-V)
4. Dato’ Mohamad Shukri Mohamed (Dato’ Mufti Kerajaan Negeri)
5. Dato’ Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana)
6. Dato’ Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra
7. Dato’ Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra
8. Tengku Rozanna Petri Tengku Mohamed Nasrun
9. Dato’ Khairi Mohamed
10. Dato’ Daud Muhammad (Dato’ Aria Diraja)
11. Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad
12. Dato’ Mohamed Apandi Ali
13. Leftenan Jeneral (B) Dato’ Seri Mohamed Daud Abu Bakar
14. Tan Sri Musa Hassan
15. Dato’ Zulkifly @ Ibrahim Abdul Rahman

Untuk makluman semua pihak, tiga daripada ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru ini adalah ahli-ahli yang benar-benar pertama kali dilantik untuk menganggotai majlis ini, iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tan Sri Musa Hassan dan Dato’ Zulkifly @ Ibrahim Abdul Rahman, manakala ahli-ahli yang lain pula adalah ahli-ahli lama yang dilantik semula.

Dengan tertubuhnya Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru ini maka lengkaplah sudah sistem pemerintahan di bawah kesultanan Kelantan yang baru ini.

Sekian, terima kasih.