Tuesday, October 26, 2010

LENGKAPLAH SUDAH SISTEM KESULTANAN KELANTAN YANG BARU

Sepertimana yang telah kita semua maklumi, dengan terlantiknya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V selaku al-Sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010 maka pada detik itu terbubarlah juga keanggotaan Majlis Penasihat Raja Kelantan yang lama.

Sepertimana yang telah kita semua maklumi juga, Majlis Penasihat Raja Kelantan adalah satu Majlis yang mempunyai peranan yang amat besar sekali, iaitu untuk secara umumnya “menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjalankan tanggungan-tanggungannya”.

Secara spesifiknya pula, di antara lainnya, peranan penting Majlis Penasihat Raja Kelantan adalah terkandung di dalam Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi:

Syarat-syarat mengenai –

(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,

bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.

Versi bahasa Inggerisnya:

Laws of The Constitution of Kelantan (Second Part)

III.

(2) The provisions affecting –

(a) the succession to the Throne and Malay customary dignitaries;
(b) the appointment and attributes of an heir or heirs to the Throne, of the Ruler’s Consort or of the Regent or Members of the Council of Regency of the State;
(c) the removal, withdrawal or abdication of the Sovereign or His Heir or Heirs;
(d) the appointment and attributes of the Ruling Chiefs or similar Malay customary dignitaries and of members of the Council of Religion and Malay Custom, Council of Succession, Council of Advisers or similar bodies; and
(e) the establishment, regulation, confirmation and deprivation of Malay customary ranks, titles, honours, dignities and awards and the attributes of the holders thereof and the regulation of the royal courts and palaces,

may be amended by His Royal Highness by Proclamation issued with the consent and concurrence of the Council of Advisers but may not be amended by any other means.

Tatacara perlantikan Majlis Penasihat Raja Kelantan pula adalah terkandung di dalam Perkara 36 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi:

(1) Majlis Penasihat Raja Kelantan, yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris “the Council of Advisers, Kelantan”, adalah dengan ini ditubuhkan bagi maksud menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjalankan tanggungan-tanggungannya.

(2) Majlis Penasihat Raja hendaklah mengandungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Mahkota serta ahli-ahli yang berikut, iaitu –
(a) Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang hendaklah menjadi Setiausaha Majlis itu;
(b) Mufti Kerajaan; dan
(c) tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada enam belas orang ahli lain,
yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan ditandatanganinya dan dicop Mohor Negeri di antara mereka yang pada fikirannya telah menyumbangkan pekerjaan yang cemerlang kepada Kerajaan ataupun yang telah mendapat kepujian di dalam pekerjaan, perusahaan, pertanian, pergerakan-pergerakan pertanian atau perkhidmatan-perkhidmatan perubatan.

(3) Seseorang hendaklah tidak boleh dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Raja jika ianya, dan hendaklah tidak tetap menjadi seorang ahli jika ia menjadi –
(a) sama ada seorang ahli Majlis Parlimen ataupun Dewan Negeri bagi sesebuah Negeri;
(b) seorang pegawai atau pekerja daripada mana-mana pihak yang berkuasa tempatan atau daripada satu badan yang ditubuh atau pihak yang berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi maksud am;
(c) seorang ahli daripada persatuan buruh atau daripada satu badan ataupun kesatuan yang bergabung dengan mana-mana persatuan buruh.

Versi bahasa Inggerisnya:

Laws of The Constitution of Kelantan (Second Part)

XXXVI.

(1) Majlis Penasihat Raja Kelantan, to be called in English the Council of Advisers, Kelantan, is hereby established for the purpose of aiding and advising His Royal Highness in the performance of His functions.

(2) The Council of Advisers shall consist of His Royal Highness, the Tengku Mahkota and the following members, that is to say –
(a) the Private Secretary to His Royal Highness, who shall be Secretary of the Council;
(b) the Mufti Kerajaan; and
(c) not less than eight and no more than sixteen other members,
appointed by His Royal Highness under His Sign Manual and the State Seal from amongst persons who in His opinion have rendered distinguished public service or have achieved distinction in profession, industry, agriculture, agricultural activities or medical services.

(3) A person shall not be appointed to be a member of the Council of Advisers if he is, and shall not remain such a member if he becomes –
(a) a member of either House of Parliament or the Legislative Assembly of a State;
(b) an officer or employee of any local authority or of a body corporate or authority established by law for public purposes;
(c) a member of a trade union or of a body or association affiliated to a trade union.

Selaras dengan peruntukan-peruntukan ini, maka pada 25 Oktober 2010, bertempat di Kuala Lumpur, telah berlangsung majlis perlantikan semula dan majlis mengangkat sumpah ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru.

Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru ini adalah dianggotai oleh:
1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V
2. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra
3. Nik Mohd Shafriman Nik Hassan (Setiausaha Sulit Sultan Muhammad Ke-V)
4. Dato’ Mohamad Shukri Mohamed (Dato’ Mufti Kerajaan Negeri)
5. Dato’ Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana)
6. Dato’ Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra
7. Dato’ Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra
8. Tengku Rozanna Petri Tengku Mohamed Nasrun
9. Dato’ Khairi Mohamed
10. Dato’ Daud Muhammad (Dato’ Aria Diraja)
11. Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad
12. Dato’ Mohamed Apandi Ali
13. Leftenan Jeneral (B) Dato’ Seri Mohamed Daud Abu Bakar
14. Tan Sri Musa Hassan
15. Dato’ Zulkifly @ Ibrahim Abdul Rahman

Untuk makluman semua pihak, tiga daripada ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru ini adalah ahli-ahli yang benar-benar pertama kali dilantik untuk menganggotai majlis ini, iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tan Sri Musa Hassan dan Dato’ Zulkifly @ Ibrahim Abdul Rahman, manakala ahli-ahli yang lain pula adalah ahli-ahli lama yang dilantik semula.

Dengan tertubuhnya Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru ini maka lengkaplah sudah sistem pemerintahan di bawah kesultanan Kelantan yang baru ini.

Sekian, terima kasih.

Saturday, October 23, 2010

THE WITHDRAWAL OF THE HABEAS CORPUS APPLICATION TO FREE SULTAN ISMAIL PETRA

Considering the seriousness at which Datuk Param Cumaraswamy, Datuk Mohd Haaziq Pillay, Raja Aziz Addruse, Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar and Abdul Rashid Ismail had been going on with their habeas corpus application to free Sultan Ismail Petra from allegedly being held against his will, even after Sultan Ismail Petra was already free to be brought anywhere, it was extremely strange that they all of a sudden decided to withdraw that application on 21 October 2010.

Whatever their reason was, whether because they all of a sudden realized that they were staring at an embarrassing defeat or whether because they all of a sudden realized that it was an exercise in futility, we have been a bit disturbed by their less than gentlemanly conduct in handling this matter. Considering the wide publicity that they had been giving to this application, they should have had the civility and the dignity to tell the people of their withdrawing it too.

Well, Gobind Singh Deo was recorded as saying something to the Star about it (thestaronline.tv/default.aspx?vid=6257 which was, strangely enough, removed from the newspaper's website later on) which resulted in that newspaper announcing on 21 October 2010, 07:29 PM, that “The Special Court in Putrajaya struck out a habeas corpus by former Kelantan ruler Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra after he withdrew it”, but why there was not any press conference as usual, Mister?

Friday, October 22, 2010

JANJI SULTAN KELANTAN KEPADA PENDUDUK GUA MUSANG TELAH TERTUNAI

Pada pagi hari Jumaat, 22 Oktober 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, telah berkenan untuk menginfakkan seekor lembu kepada fakir miskin di sekitar Bandar Gua Musang dengan urusan penyembelihan dan pengagihan dagingnya Baginda amanahkan kepada Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Pada petangnya pula, Sultan Muhammad Ke-V telah turut berkenan untuk mengurniakan geran tanah kepada 114 orang penduduk di sekitar Gua Musang, membabitkan 99 penduduk Melayu, 13 penduduk Cina dan 2 penduduk India, di Istana Persinggahan Gua Musang dengan majoriti geran adalah bersifat pajakan 99 tahun melibatkan tanah dusun, ladang getah dan ladang kelapa sawit.

Urusan pengurniaan geran ini sudah diusahakan sejak sekian lama, iaitu sejak Sultan Muhammad Ke-V masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan lagi pada ketika sekumpulan penduduk Gua Musang telah menghadap Baginda di Istana Telipot, Kota Bharu, bagi mengadu hal di samping menyerahkan satu memorandum khusus mengenai masalah pemilikan tanah yang mereka hadapi.

Sebagai seorang anak raja yang prihatin kepada permasalahan rakyat Baginda, Baginda telah mendengar dengan teliti aduan-aduan mereka--di antaranya mengenai bagaimana tanah-tanah yang mereka usahakan sejak sekian lama tidak juga diberikan geran yang sepatutnya, malah sesetengahnya diceroboh pula oleh pihak lain--dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini.

Alhamdulillah, pada petang hari Jumaat, 22 Oktober 2010, Sultan Muhammad Ke-V, yang di dalam perjalanan untuk berangkat melalui jalan darat ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, telah, dengan izin Allah dan dengan kerjasama kerajaan negeri, berjaya memenuhi janji Baginda kepada para penduduk Gua Musang untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang mereka hadapi ini.

Hadir sama di dalam majlis pengurniaan geran tanah kepada penduduk di sekitar Gua Musang ini adalah Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, Dato’ Mufti Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Shukri Mohamad, Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Ismail Samah, dan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Adalah diharapkan agar para penduduk Gua Musang telah berpuas hati dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Sultan Muhammad Ke-V di dalam menyelesaikan masalah mereka ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 18, 2010

POSTING 52: TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA KINI BERGELAR TENGKU MAHKOTA KELANTAN

Alhamdulillah, pada hari ini, 18 Oktober 2010, Majlis Perajaan Negeri Kelantan telah selamat melangsungkan mesyuaratnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada jam 9 pagi bagi tujuan untuk menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, supaya memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja) dan supaya mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Keputusan mesyuarat Majlis Perajaan Negeri Kelantan ini telah selamat disembah maklum (oleh Tengku Laksamana Kelantan, Dato’ Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, dan Dato’ Sukri Haji Mohamed) kepada, dan telah selamat diperkenan oleh, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, di Istana Telipot, pada jam 10 pagi.

Seterusnya, majlis perisytiharan pilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja) di samping perisytiharan pengurniaan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan telah selamat dilangsungkan di Istana Negeri, Kubang Kerian, menjelang jam 1 petang.

Sehubungan dengan ini juga, kami ingin memperbetulkan sedikit kesilapan fakta yang telah dibuat oleh BERNAMA di dalam liputannya ke atas sidang akhbar Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, dengan bantuan Dato’ Sukri Haji Mohamed, di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 3 petang.

Kesilapan yang dimaksudkan di dalam laporan BERNAMA ini adalah pada ayat “Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.”

Sebenarnya, apa yang dijelaskan oleh Dato’ Mohd Aiseri Alias adalah mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu dihadiri oleh kesemua 15 anggotanya tetapi bahawa keputusan mesyuarat itu hanya dibuat oleh 14 anggotanya kerana Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra telah tidak melibatkan diri Baginda di dalam pembuatan keputusan mengenai perkara-perkara yang menyentuh diri Baginda sendiri tersebut.

Sewaktu ditanya oleh seorang wartawan mengenai perbezaan di antara bilangan anggota Majlis Perajaan Negeri pada waktu ini dengan pada 13 September 2010 (17 orang), Dato’ Mohd Aiseri Alias menjelaskan bahawa ia berlaku disebabkan oleh keanggotaan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra di dalam Majlis Perajaan Negeri telah gugur dengan sendirinya mulai dari tarikh 13 September 2010 itu berdasarkan kepada:

Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

11. (2) ...Jika mana-mana ahli yang ketiadaan hadirnya tidak dimaaf atau yang telah mungkir memberi huraian yang berpatutan kepada Yang di-Pertua, kerana ketiadaan hadirnya itu, maka terlucutlah ia dengan sendirinya daripada menjadi ahli Majlis Perajaan Negeri.

Versi bahasa Inggerisnya:

Laws of The Constitution of Kelantan (Second Part)

XI. (2) ...Any member whose absence has not been excused or who has failed to give reasonable explanation for such absence to the President, shall automatically cease to be a member of the Council of Succession.

Sewaktu ditanya oleh seorang wartawan mengenai kemungkinan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra dilantik selaku Pemangku Raja pula, Dato’ Mohd Aiseri Alias menjelaskan bahawa ia boleh berlaku kerana Fasal 22A(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) memperuntukkan bahawa apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan berhajat meninggal(kan) Negeri lebih daripada tiga puluh hari, maka Baginda hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau Majlis Pangkuan Raja sebagaimana nampak kepadanya berpatutan pada menjalankan tanggungan-tanggungannya di dalam masa peninggalannya daripada Negeri.

Di sini juga kami ingin memohon ribuan kemaafan daripada pihak-pihak yang merasakan mereka sepatutnya dijemput hadir sama ke dalam majlis yang bersejarah ini tetapi mendapati diri mereka telah tidak dijemput, di antaranya termasuklah ketua-ketua jabatan kerajaan, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, semata-mata disebabkan oleh keterbatasan ruang di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Bagi berlaku adil, bersama-sama ini dilampirkan senarai kehadiran di dalam majlis perisytiharan yang turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, dan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra tersebut:
Tengku Laksamana, Dato’ Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim
Tengku Panglima Raja, Dato’ Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias
Dato’ Bentara Dalam, Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad
Dato’ Bentara Luar, Dato’ Hashim Dato’ Che Yusoff
Dato’ Aria Diraja, Dato’ Daud Muhammad
Dato’ Kaya Nara, Dato’ Nik Ishak Dato’ Nik Daud
Dato’ Bentara Setia Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dato’ Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yaakub
Dato’ Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra
Dato’ Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra
Dato’ Tengku Faridah Almarhum Sultan Ibrahim
Dato’ Sukri Haji Mohamed
Dato’ Khairi Mohamad
Tengku Rozanna Petri Tengku Mohd Nasrun
Kapten Dato’ Tengku Ahmad Farizanudean Dato’ Khairi
Leftenan Jeneral (B) Dato’ Seri Mohamed Daud
Dato’ Zulkifly @ Ibrahim Abdul Rahman
Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Dato’ Mufti Kerajaan Negeri
Dato’ Timbalan Mufti Kerajaan Negeri
Dato’ Pengelola Istana Diraja
Dato’ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri
Dato’ Pegawai Kewangan Negeri
Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri
Dato’ Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)
Pemangku Ketua Istiadat Negeri
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan
Panglima 8 Briged
Ketua-Ketua Jajahan
Raja Razman Sultan Idris
Tengku Ibrahim Farihaddin
Iznan Dato’ Mohamed
Marco Caramella
Anil Abraham
Dato’ Justin

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Pewaris Kesultanan Kelantan
(Bernama, 18 Oktober 2010, 18:39 PM)

KOTA BAHARU, 18 Okt (Bernama) -- Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat Isnin dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi (sebenarnya menjelang 1 petang).

Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.

Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.

Tengku Muhammad Fa-iz, yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Jan 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.

Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.

Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi Raja.

"Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak melibatkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan," katanya.

Gelaran Tengku Temenggong sebelum ini adalah milik Tengku Muhammad Fakhry Petra namun ia ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V baru-baru ini.

Sunday, October 17, 2010

POSTING 51: PERISYTIHARAN TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA SELAKU TENGKU MAHKOTA KELANTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa sekitar jam 9.00 pagi esok, 18 Oktober 2008 (Isnin), Majlis Perajaan Negeri Kelantan dijangka akan melangsungkan mesyuaratnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis Perajaan Negeri Kelantan, di dalam mesyuaratnya itu, dijangka akan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, supaya:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Bertindak di atas nasihat Majlis Perajaan Negeri Kelantan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, dijangka akan:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Perisytiharan pilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja) di samping perisytiharan pengurniaan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan ini dijangka akan dibuat oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, di Istana Negeri, Kubang Kerian, sekitar jam 12.00 tengahari esok, 18 Oktober 2008 (Isnin).

Kedua-dua perisytiharan ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sepertimana berikut:

27. (1) Maka pilihan dan pelantikan Bakal Raja hendaklah diperbuat oleh Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, yang hendaklah melihat kepada kelayakan-kelayakan anak yang sulung, kepada yang lebih dekat darjah Waris Raja dahulu daripada yang lebih jauh, mengikut Hukum Syarak, dan di dalam setiap-tiap darjah, Waris kepada yang tertua, dahulu daripada yang muda.

27. (2) Maka bolehlah Raja, dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, mengurniakan kepada Waris, akan gelaran TENGKU MAHKOTA, Kelantan, yang akan dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Crown Prince of Kelantan”.

29. Dikecuali ada syarat yang berlainan di dalam Perkara 31 Bahagian ini, maka Waris hendaklah orang Melayu daripada darah raja, keturunan zuriat Raja-Raja Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam, bermazhab Ahlu’s Sunnah wal Jamaah, tiap-tiap seorang daripada waris yang lain itu hendaklah orang yang seumpama itu juga.

30. (1) Maka Waris hendaklah anak yang diperanakkan daripada nikah yang halal mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa itu dan diakui daripada tubuh badan dan darah daging KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

30. (2) Maka keturunan zuriat yang akan berhak menjadi Waris hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan sebagainya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekali-kali dan hendaklah menjadi tidak sah jika dilantik menjadi Waris akan mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, selagi ada seorang keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu: Dengan syarat keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu tidak akan berhak, jika ia difikir dan ditetapkan, selepas disiasat dengan sepenuh dan secukupnya oleh Majlis Perajaan Negeri, ada mempunyai kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat Waris, iaitu, apa-apa pengidapan yang berkekalan, seperti hilang akal, buta, bisu atau pun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Waris.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVII. (1) The choice and appointment of the Heir shall be made by the Sovereign on the advice of the Council of Succession, who should look to the merits of the first born, to those of nearer degree of kin to the Sovereign, according to Hukum Syarak, before the more remote, and within each degree, to the elder, before the younger.

XXVII. (2) The Sovereign may, on the advice of the Council of Succession, confer on the Heir, the title of TENGKU MAHKOTA, Kelantan, to be called in English the Crown Prince of Kelantan.

XXIX. Save as otherwise provided in Article XXXI of this Part, the Heir shall be a person who is a Malay of royal blood, a descendant of Kelantan Sovereigns, a male, and of the religion of Islam, Ahlu’s Sunnah wal Jamaah; each of the other Heirs shall also be such a person.

XXX. (1) The Heir shall be issue lawfully begotten of a marriage solemnized in accordance with the Hukum Syarak and any other law regulating Muslim marriages in force at the time and an acknowledged descendant of the body and flesh and blood of HIS ROYAL HIGHNESS SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

XXX. (2) The descendant who shall be eligible to become the Heir shall be a son, grandson, great-grandson and so on of the male line, first one generation after another until the last, that is to say, it shall not on any account be permitted and it shall be unlawful to elect as Heir any person other than a descendant of His Royal Highness Sultan Ismail Petra, so long as a descendant as above of His said Royal Highness exists: Provided that a descendant of His said Royal Highness shall not be eligible, if he is considered and determined, after full and complete enquiry by the Council of Succession, to have some grave and serious defect derogatory to the quality of an Heir, that is to say, any infirmity such as insanity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by the Hukum Syarak to become an heir.

Kedua-dua perisytiharan ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan kedudukan dan kuasa Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, iaitu satu jawatan yang disandang oleh Baginda mulai dari tarikh 21 Jun 2009, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sepertimana berikut:

28. Maka Waris hendaklah tiada mempunyai sebarang kuasa pun pada mengambil bahagian dan tidaklah harus mengganggu di dalam mana-mana hal ehwal Negeri atau Kerajaan, melainkan hanyalah apabila ia mendapat titah daripada Raja amnya atau di dalam mana-mana perkara yang tertentu ataupun bagaimana yang boleh dikuasakan di bawah Bahagian ini, dan syarat ini hendaklah terpakai juga kepada Waris-Waris yang lain: Dengan syarat jika sekiranya mana-mana orang itu dilantik menjadi pegawai dalam Negeri, maka Perkara ini hendaklah tidak terpakai pada menjalankan tanggungan-tanggungannya tatkala memegang jawatan itu.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVIII. The Heir shall have no authority whatsoever to take part nor may he interfere in any affairs of the State or Government, excepting only when he shall have the command of the Sovereign generally or in any particular case or as may be authorized under this Part, and this provision shall apply also to the other Heirs: Provided that if any such person is appointed to be in office in the State, this Article shall not apply to the performance of his duties while holding such office.

Dengan jangkaan terpilih dan terlantiknya Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, yang menyandang gelaran Tengku Bendahara Kelantan mulai dari tarikh 30 Mac 1989, selaku Tengku Mahkota Kelantan ini maka akan lengkaplah dan akan sukar digugatlah sistem pewarisan takhta dalam institusi kesultanan Kelantan.

Pemilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Tengku Mahkota Kelantan ini dijangka tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada mana-mana pihak pun memandangkan kepada hubungan teramat akrab yang sedia terjalin di antara Baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, selama ini.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, selaku seorang yang berpendidikan tinggi, juga adalah seorang individu yang berpegang teguh kepada prinsip dan yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada kakanda Baginda.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua perisytiharan ini dijangka akan diberikan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri, Kubang Kerian, sekitar jam 3.00 petang esok, 18 Oktober 2008 (Isnin).

Allahu Akbar.

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA SETIAUSAHA MAJLIS PERAJAAN NEGERI ESOK

Sukacita dimaklumkan bahawa semua wakil media, melainkan wakil-wakil akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!, adalah dijemput untuk menghadiri satu sidang media yang akan dibuat oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 3 petang 18 Oktober 2010 (Isnin). Wakil-wakil media yang mahu menghadiri sidang media tersebut dipersilakan mengambil pas masuk ke Istana Negeri dari Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu, terlebih dahulu sebelum majlis bermula.

Kedatangan anda semua amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN PERISYTIHARAN TENGKU MAHKOTA 12 MALAM INI DI BLOG INI

Kami di The Kelantan Insider dengan ini ingin memaklumkan bahawa satu pengumuman mengenai perisytiharan Tengku Mahkota Kelantan yang baru akan dibuat di dalam blog ini pada jam 12 tengah malam ini.

Sekian, terima kasih.

Saturday, October 16, 2010

POSTING 50: KEABSAHAN SULTAN MUHAMMAD KE-V TIDAK PERLU DIPERTIKAIKAN LAGI

Setelah sekian lama berdiam diri, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya bersuara juga tentang persoalan pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Malangnya, kenyataan beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2010 bertajuk “minta istana, kerajaan negeri beri penjelasan elak kekeliruan” itu bernada agak sumbang.

Apa yang disebut oleh beliau di dalam akhbar itu juga tidak mencerminkan taraf yang sepatutnya dipunyai oleh beliau selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor.

Di dalam kenyataannya itu, beliau menyatakan bahawa:
1. Beliau secara peribadi tidak mempunyai halangan ke atas pemasyhuran itu sekiranya ia dibuat dengan betul atau, lebih tepat lagi, “kalau ia (dibuat) ikut perlembagaan negeri”.
2. Beliau meminta Istana Kelantan memberi penjelasan kepada rakyat untuk memulihkan kekeliruan yang timbul dan untuk memperbaiki imej institusi Istana Kelantan.

Selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor, beliau sepatutnya mampu untuk membuat dan mengemukakan satu pendirian yang tegas ke atas perkara ini.

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah dibekalkan kepada semua pihak, beliau sepatutnya mampu untuk memutuskan sama ada pemasyhuran itu sah atau tidak.

Beliau tidak sepatutnya membiarkan diri beliau seolah-olah berada di awang-awangan, ke sana pun tidak dan ke sini pun tidak, dengan berselindung di sebalik ungkapan “kalau”.

Selaku Ahli Majlis Perajaan Negeri, beliau juga sepatutnya bersikap lebih gentleman dengan menyuarakan pandangan beliau ke atas perkara ini di dalam mesyuarat majlis itu.

Seandainya beliau hadir di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 tentulah beliau akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai perkara ini.

Malangnya, beliau memilih untuk tidak hadir tanpa memberikan sebarang sebab yang munasabah di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 itu.

Untuk makluman beliau, penjelasan secukupnya telah diberikan kepada rakyat mengenai pemasyhuran ini dan, alhamdulillah, penerimaan mereka ke atasnya adalah amat baik.

Oleh itu, tidaklah berbangkit lagi soal wujudnya kekeliruan mengenai perkara ini walaupun masih ada segelintir pihak yang cuba menimbulkan kekeliruan untuk maksud tertentu.

Pejabat Sultan Kelantan telah menganjurkan beberapa siri majlis penerangan mengenai perkara ini kepada para pemimpin dan pegawai kerajaan, penggawa, penghulu dan imam.

Majlis-majlis penerangan yang dibuat di Istana Balai Besar ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 12 Januari 2010 serta pada 8 dan 26 September 2010.

Di dalam majlis-majlis itu, penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini, khususnya yang melibatkan perlembagaan negeri, telah dibuat oleh Dato’ Sukri Haji Mohamed.

Dato’ Sukri Haji Mohamed, selain merupakan seorang pakar perundangan, adalah juga Ahli Majlis Perajaan Negeri merangkap penasihat kepada Istana Kelantan sejak sekian lama.

Penjelasan juga turut dibuat melalui sidang-sidang media sama ada oleh Dato’ Sukri Haji Mohamed sendiri, oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, atau oleh Pengelola Istana Diraja, Dato’ Abdul Halim Haji Hamad.

Sidang-sidang media yang dibuat di Istana Balai Besar, Istana Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 13, 14, 15 dan 22 September 2010.

Untuk mendapat jangkauan yang lebih luas dan di dalam kadar yang lebih cepat, penjelasan secara separa rasmi juga turut dibuat dari semasa ke semasa di dalam blog ini.

Apa pun, pihak kami merasa amat terharu di atas sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan ke atas pemasyhuran ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada para pemimpin dari parti-parti politik, khususnya PAS dan UMNO, malah yang tidak berparti pun, yang telah bersatu hati menerimanya.

Begitu juga dengan pakar-pakar perundangan dari dunia akademik seperti Profesor Dr Abdul Aziz Bari atau dunia guaman seperti Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Terutama sekali adalah kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang, melalui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah memperakui keabsahan Sultan Muhammad Ke-V.

Adalah diharapkan bahawa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, itu menamatkan segala kekeliruan yang masih ada pada mana-mana pihak mengenai perkara ini.

Jika ini belum mencukupi maka Pejabat Sultan Kelantan, di atas permintaan, sedia mengadakan majlis penjelasan khas kepada mana-mana pihak yang masih di dalam kekeliruan.

Akhirnya, walaupun perkara ini telah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah itu juga tentulah akan mengasaskan segala keputusannya kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan perkara ini, sukalah kami mengemukakan di sini Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan (Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri) yang berbunyi:
(1) Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Versi bahasa Inggerisnya:
71. Federal guarantee of State Constitutions
(1) The Federation shall guarantee the right of a Ruler of a State to succeed and to hold, enjoy and exercise the constitutional rights and privileges of Ruler of that State in accordance with the Constitution of that State; but any dispute as to the title to the succession as Ruler of any State shall be determined solely by such authorities and in such manner as may be provided by the Constitution of that State.

Allahu Akbar.

Nota: Sepertimana yang telah dijelaskan di dalam "POSTING 38: TENGKU RAZALEIGH DAN TENGKU AMALIN BUKAN LAGI AHLI MPN?" bertarikh 18 September 2010 sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah kini bukan lagi merupakan Ahli Majlis Perajaan Negeri.

Majlis Raja-Raja alu-alukan keberangkatan hadir Sultan Muhammad V
(Bernama, 14 Oktober 2010)

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula semalam mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Negeri Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar Kelantan menuju kejayaan dan baginda sentiasa dikasihi rakyat.

"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra, yang sedang gering sejak lebih dari setahun.

Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.

Conference of rulers welcomes Sultan Muhammad V
(Bernama, 14 Oktober 2010)

KUALA LUMPUR: The Conference of Rulers, which held a two-day meeting at the Istana Negara, here beginning Wednesday, welcomed the presence of the Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad V, as a full member of the Conference.

The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, who chaired the 222nd meeting, said the Conference prayed that the state of Kelantan would continue to be peaceful and that Sultan Muhammad V could rule the state fairly and steer it towards greater success and would always be loved by his subjects.

Sultan Muhammad V was proclaimed as the 29th Sultan of Kelantan at the Istana Balai Besar, Kelantan last month to succeed his father, Sultan Ismail Petra, who has been ill for more than one year.

Sultan Sharafuddin said in a statement that as a highly educated individual who is people-oriented and had wide experience in administration, the Conference of Rulers had full confidence that Sultan Muhammad V could render assistance and give inputs and new ideas to the Conference of Rulers Meeting.

Sultan Sharafuddin also said that he and all the Malay Rulers and Yang di-Pertuas Negeri were sad over Sultan Ismail Petra's illness and prayed that he would regain his health.

Tengku Fakhry loses case against Regent
(The Star, 30 Januari 2010)

KUALA LUMPUR: Kelantan Regent Tengku Muhammad Faris Petra’s action to revoke his brother Tengku Muhammad Fakhry Petra’s membership in the Kelantan Succession Council cannot be reviewed, ruled the High Court.

In dismissing the latter’s judicial review application, High Court judge Justice Mohamad Ariff Md Yusof yesterday ordered the prince to pay costs to the Regent and seven others named in the civil action.

He ruled that the action of the Regent in revoking his brother’s membership in the council on Sept 16, last year could not be challenged in any court of law as the subject matter was non-justiciable.

“It is non-justiciable as it involves the Kelantan Succession Council and the prerogative powers of His Royal Highness, in this case, the Regent. The court of law is not a suitable forum to decide over this subject matter.”

In his findings, Justice Mohamad Ariff said the definition of the term “His Royal Highness” under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state.

In elaborating his grounds, Justice Mohamad Ariff said there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period.

Nazri: Council has final say on Kelantan sultan
(Malaysiakini, 13 September 2010)

Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz said the federal government considers as valid the appointment of Regent Tengku Mohamad Faris Petra as Kelantan's new ruler.

“It falls under the jurisdiction of the council of succession,” said the de facto law minister today, “And the federal government accepts whatever the decision that the council comes up with.”

Nazri cited the case of Negeri Sembilan two years ago, where the government did not interfere when the state's council of succession, comprising the four undang (noble chiefs), chose someone other than the sultan's direct male heir as the successor.

Asked if the courts could intervene even if the federal government could not, Nazri emphatically said they could not.

Last week, lawyers reportedly acting on behalf of the ailing Kelantan Sultan Tuanku Ismail Petra submitted two motions to the Federal Court to block any attempts to remove the ruler from his seat.

The proclamation ceremony today was a subject of controversy because of this, along with claims by the incumbent sultan's eldest sister Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yesterday that "conspirators" were out to oust her brother through unconstitutional means.

Although the press speculated that the proclamation ceremony would take place today, it was only confirmed hours before the event at Istana Balai Besar, Kota Bharu proceeded at 11.30am.

Tengku Mohamad Faris was made acting sultan last May after his father was incapacitated due to a stroke, sparking a tumultous year ahead for the Kelantan royal household.

Constitutional law expert Abdul Aziz Bari also rubbished the attempts as mere procedural posturing by the lawyers.

“While the Federal Court is the right forum to determine constitutional issues, the law as it stands now is that it is the Majlis Perajaan (council of succession) that has the final say.

“The Federal Court will not interfere with the decision pertaining to disputes pertaining to the right of succession,” stressed Abdul Aziz, a UIA law professor.

Abdul Aziz cited as precedence the court's reluctance to intervene in the Negeri Sembilan case mentioned by Nazri, as well as the case of Terengganu's Sultan Ali who was deposed from office by the British Military Administration for alleged collusion with the Japanese in 1946.

“Under the constitutional scheme it is the council who makes or breaks the ruler. Not the court. The court has no power over the council.

“More so, Article 71 of the Federal Constitution expressly states that the federation will undertake to protect the state's rights of succession,” he added.

He explained that the courts recognise the constitutional right of the council as the sole authority to appoint a successor or declare a sultan unfit.

“That is the inherent power of the council, article 23A of the Kelantan state constitution simply makes it clearer,” Abdul Aziz opined.

The newly amended Article 23A gives the council express powers to declare a sultan unfit for duty should he be incapacitated, and to name his replacement.

The council and the state government relied on this article in their announcement this morning naming Tengku Faris as the new Sultan of Kelantan.

Proclamation of new Kelantan Sultan lawful, says lawyer
(The Star, 26 September 2010)

KUALA LUMPUR: The proclamation of Tuanku Muhammad Faris Petra as the Sultan of Kelantan to succeed his ailing father Tuanku Ismail Petra satisfies both common and syariah law requirements, says a prominent constitutional lawyer.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah said the decision by the Kelantan Royal Succession Council was particularly apt from the syariah law point of view, which stipulated that the head of state must be mentally and physically perfect.

“He definitely cannot be substantially impaired in mind and body as Islamic jurisprudence argues that such substantial impairment may create an inconducive atmosphere in the Palace and the State,” he told The Star.

Muhammad Shafee said such impairment might result in a third party trying to exercise the power of the Sultan or exercise influence on him.

“In the worst of situations, a head of state suffering from such impairment could be literally reduced to a mere ‘puppet’.”

“In Islam, such a situation is intolerable and would be unconstitutional,” he said.

He said most Islamic jurisprudence was of the view that it would be haram (sinful) to allow such situation to continue.

He said the requirement for the Sultan to be mentally and physically perfect was not just meant to ensure that the decisions made were well considered but was also important to guarantee continued public confidence in his governance.

“The people must feel confident in their ruler’s capacity and capability,” he said, citing Islamic thinkers such as Abu Hassan Al-Mawardi and Ibnu Khuldun who had opined that a Ruler must possess healthy senses of hearing, sight and speech; a healthy body; intelligence and acute thinking that commensurate with his onerous duties.

Tuanku Ismail Petra filed a petition at the Federal Court on Monday to declare the proclamation unconstitutional.

He had already filed two petitions seeking the opinion of the Federal Court on whether Tuanku Muhamad Faris Petra had the full power to reconstitute the Royal Succession Council and question the fundamental liberties of the Sultan.

The Federal Court had set Oct 23 to decide whether it had the jurisdiction to hear the first two petitions.

Muhammad Shafee opined that it was also pointless to file any lawsuit against Tuanku Muhammad Faris Petra because he is now the Sultan of Kelantan.

“This is a matter of royal prerogatives. It is very unlikely that an ordinary court of law would entertain such a challenge as it is deemed to be non-justiciable,” he said.

Selesaikan kemelut istana - Nik Aziz
(Bernama, 13 September 2010)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat.

Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah "rumah siap pahat berbunyi".

"Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing," katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu.

Sementara itu di Bachok, UMNO Kelantan berharap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu akan memakmur dan membangunkan Kelantan yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, UMNO menaruh harapan yang tinggi agar Sultan Kelantan dapat menjadikan Kelantan antara negeri yang termaju di negara ini.

"Bagi pihak UMNO Kelantan kita menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini yang dihadiri lebih 5,000 penduduk Bachok, sebilangan besarnya kaum nelayan.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan pusat akan terus menyalurkan pelbagai projek kepada Kelantan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang sedang diperincikan dan akan diumumkan bulan depan.

Ciri peribadi Sultan Kelantan selari kehendak rakyat
(Bernama, 15 September 2010)

PASIR MAS: UMNO Kelantan berpendapat ciri peribadi murni Sultan Kelantan yang baru Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang begitu prihatin terhadap rakyat dan mempunyai ilmu agama yang tinggi adalah selari dengan kehendak masyarakat Kelantan.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dengan itu pihaknya yakin rakyat Kelantan akan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan itu yang telah dimasyhurkan Isnin lepas.

"Kita bersyukur Sultan Kelantan telah dimasyhurkan dan akan taat setia terhadap baginda yang telah dipilih mengikut perlembagaan dan saya yakin rakyat akan memberikan taat setia terhadap baginda.

"Saya telah beberapa kali mengikuti baginda menziarahi masjid dan apa yang Tuanku lakukan selaras dengan kehendak rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan dan Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini.

Mustapa yakin dengan pemasyhuran itu, segala isu yang melanda keluarga diraja itu akan selesai akhirnya.

PAS: Accept reign of new Kelantan Sultan
(The Star, 16 September 2010)

KUALA LUMPUR: PAS has urged Malaysians to accept the reign of the newly-proclaimed Sultan of Kelantan Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra.

PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa said the party was confident the proclamation on Monday was carried out in accordance with Article 6 of the Kelantan State Constitution.

“We wish to profess our loyalty to Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra and we urge the people of Kelantan to do the same,” he said at a press conference yesterday.

Nasharuddin added that the people of Kelantan were happy and thankful for the smooth transition of rule in the state.

“For three days after the proclamation, you do not see or hear of any unrest. Things are calm there,” he said.

Also joining the press conference at PAS headquarters in Jalan Raja Laut here were party vice-president Salahuddin Ayub and treasurer Dr Mohd Hatta Ramli.

Salahuddin said the proclamation was not done in haste.

“Tuanku has been patient and calm for one year as Regent.

“When his father was confirmed to be unfit to rule, only then was the decision made for him to take over,” he said.

Dr Hatta described the new Sultan as a down-to-earth Ruler in touch with his subjects.

Dun Kelantan rafak sembah Sultan Muhammad ke-V
(Harakahdaily, 30 September 2010)

KOTA BHARU, 30 Sept: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Khas yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini merakamkan ucapan tahniah (merafak sembah) dan sembah taat setia kepada Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad ke-V.

Cadangan merafak sembah (ucapan tahniah) yang mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dikemukakan Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Yakob sebentar tadi yang disokong oleh Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad.

Turut menyokong cadangan ucapan tahniah itu, Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad, (BN-Kok Lanas).

Abdullah ketika berucap membentangkan cadangan rakaman tahniah itu berkata perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad ke-V dinanti-nantikan oleh rakyat seluruhnya.

Beliau juga turut mengakui rakyat seluruh Kelantan melahirkan rasa gembira di atas perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Sambungnya lagi, perlantikan itu juga sejajar dengan kehendak rakyat memandangkan baginda lebih mengambil perhatian serta menyelesaikan masalah mereka.

“Kami dari pihak kerajaan negeri sentiasa menyokong Tuanku sejak mula tuanku ditabalkan sebagai Sultan Kelantan lagi,” ujarnya.

Katanya lagi, perlantikan baginda bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering bertepatan dan tidak menyalahi undang-undang memandangkan Sultan Ismail Petra tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Abdullah berkata, baginda yang gemar turun ke bawah untuk menunaikan solat sunat hajat dan menyelami masalah rakyat begitu mengharukan rakyat seluruh negeri ini.

Sementara itu, Alwi turut menyokong perlantikan dan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Saya mewakili Barisan Nasional Kelantan menyokong penuh di atas perlantikan tuanku sebagai Sultan Kelantan yang baru yang membawa gelaran Sultan Muhammad Ke-V,” ujarnya.

Drs Zainuddin Awang Hamad, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan bagi menyokong ucapan merafak sembah itu mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu-gugat kedaulatan Sultan Kelantan sekarang.

Katanya, perlantikan baginda yang sah di sisi undang-undang itu jangan sekali-kali dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

DAULAT TUANKU
(http://zul4kulim.blogspot.com/, 13 September 2010)

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas permasyhuran YTM Tengku Muhammad Faris Petra (42), Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda Tengku Ismail Petra berkuatkuasa hari ini Isnin 04 Ramadhan 1431 bersamaan 13 Sept 2010.

Pemasyhuran YTM Tengku Muhammad Faris Petra oleh YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, tengahari tadi menamatkan kemelut yang melanda Istana Kelantan sejak lebih setahun lalu apabila bekas Tuanku Sultan Kelantan kegeringan akibat serangan angin ahmar dan sakit jantung.

Saya berharap pemasyhuran Tuanku Faris akan membuka lembaran baru kepada pemerintahan di Kelantan yang akan menyaksikan hubungan lebih mantap diantara Istana dan Kerajaan Negeri. Umum mengetahui betapa sukarnya YAB To' Guru mentadbir Kerajaan Negeri apabila hubungan dengan istana dahulu dikatakan agak "sejuk" atas sebab-sebab yang tertentu.

Saya juga berdoa dan berharap rakyat Kelantan dan semua pihak berkaitan akan menghormati pemasyhuran Tuanku Faris kerana ianya dibuat menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan dan mematuhi semua peruntukan undang-undang yang ada. Di Negeri Kelantan, sebagaimana negeri-negeri lain, pemasyhuran seseorang raja adalah hak mutlak Majlis Perajaan Negeri. Tiada mana-mana pihak boleh mempersoalkan pemasyhuran tersebut. Dan Majlis Perajaan Negeri Kelantan telah pun membuat keputusan. Menurut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, tiada mana-mana orang atau Mahkamah boleh mempersoalkan pemasyhuran dan pertabalan Tuanku Faris tersebut!

Inilah uniknya sistem beraja yang kita amalkan sekarang. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju, tetapi itu soal kedua. Pada saya, sistem perlantikan tersebut memastikan bahawa kedaulatan dan keutuhan institusi Raja-Raja Melayu akan kekal dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Apatah lagi dalam keadaan orang Melayu yang makin berpecah dan kuasa Melayu/Islam makin terhakis akibat politiking melampau oleh segelintir orang Melayu, maka tanggungjawab menjaga dan memelihara serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu menjadi semakin penting.

Kita dapat melihat dalam satu kes apabila ada cubaan menceroboh kuasa perlantikan ketua sebuah institusi Islam dengan cubaan melantik seorang balaci politik digagalkan atas kebijaksanaan dan kewibawaan seorang Raja Melayu yang bertindak mempertahankan kesucian Islam daripada menjadi mangsa kerakusan politik sempit.

Saya juga ingin menasihatkan mereka yang mempertikaikan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dengan ugutan ianya mungkin satu "contempt of Court" (kerana konon cerita ada kes sudah difail di Mahkamah); bahawa kamu sendiri mungkin boleh dikenakan tindakan penderhakaan kepada seorang Sultan yang telah ditabal dengan sah mengikut undang-undang. Ingat, mempertikaikan kedaulatan seorang Sultan sama dengan memerangi Tuanku. Dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati kepada mereka yang memerangi mana-mana Raja Melayu!!

Saya ucapkan selamat bersemayam kepada Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra, semoga pemerintahan Tuanku diberi petunjuk dan kepimpinan oleh ALLAH, serta diberi keberkatan berpanjangan. Semoga Tuanku diberi kesihatan yang baik, dan mendapat hidayah ALLAH untuk membawa Kelantan ke arah negeri yang toyyibah.

Daulat Tuanku!!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
04 Syawal 1431
13 Sept 2010

Tuesday, October 12, 2010

POSTING 49: PERIHAL TENGKU MAHKOTA, RAJA PEREMPUAN DAN TENGKU TEMENGGONG KELANTAN

Ekoran pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dan ekoran perlucutan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra dari jawatan Tengku Temenggong Kelantan pada 30 September 2010 maka mulai dari tarikh-tarikh tersebut telah wujudlah kekosongan di dalam jawatan-jawatan Tengku Mahkota Kelantan dan Tengku Temenggong Kelantan.

Ada pun jawatan-jawatan yang masih kekal berisi di dalam institusi kesultanan Kelantan pada waktu ini adalah Tengku Bendahara Kelantan yang disandang oleh Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Laksamana Kelantan yang disandang oleh Tengku Dato' Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Panglima Kelantan yang disandang oleh Tengku Dato' Mohamad Rizam Ibni Tengku Abdul Aziz.

Di antara lainnya, tatacara pilihan dan pelantikan Tengku Mahkota Kelantan adalah terkandung di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sepertimana berikut:

27. (1) Maka pilihan dan pelantikan Bakal Raja hendaklah diperbuat oleh Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, yang hendaklah melihat kepada kelayakan-kelayakan anak yang sulung, kepada yang lebih dekat darjah Waris Raja dahulu daripada yang lebih jauh, mengikut Hukum Syarak, dan di dalam setiap-tiap darjah, Waris kepada yang tertua, dahulu daripada yang muda.

27. (2) Maka bolehlah Raja, dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, mengurniakan kepada Waris, akan gelaran TENGKU MAHKOTA, Kelantan, yang akan dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Crown Prince of Kelantan”.

29. Dikecuali ada syarat yang berlainan di dalam Perkara 31 Bahagian ini, maka Waris hendaklah orang Melayu daripada darah raja, keturunan zuriat Raja-Raja Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam, bermazhab Ahlu’s Sunnah wal Jamaah, tiap-tiap seorang daripada waris yang lain itu hendaklah orang yang seumpama itu juga.

30. (1) Maka Waris hendaklah anak yang diperanakkan daripada nikah yang halal mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa itu dan diakui daripada tubuh badan dan darah daging KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

30. (2) Maka keturunan zuriat yang akan berhak menjadi Waris hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan sebagainya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekali-kali dan hendaklah menjadi tidak sah jika dilantik menjadi Waris akan mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, selagi ada seorang keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu: Dengan syarat keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu tidak akan berhak, jika ia difikir dan ditetapkan, selepas disiasat dengan sepenuh dan secukupnya oleh Majlis Perajaan Negeri, ada mempunyai kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat Waris, iaitu, apa-apa pengidapan yang berkekalan, seperti hilang akal, buta, bisu atau pun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Waris.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVII. (1) The choice and appointment of the Heir shall be made by the Sovereign on the advice of the Council of Succession, who should look to the merits of the first born, to those of nearer degree of kin to the Sovereign, according to Hukum Syarak, before the more remote, and within each degree, to the elder, before the younger.

XXVII. (2) The Sovereign may, on the advice of the Council of Succession, confer on the Heir, the title of TENGKU MAHKOTA, Kelantan, to be called in English the Crown Prince of Kelantan.

XXIX. Save as otherwise provided in Article XXXI of this Part, the Heir shall be a person who is a Malay of royal blood, a descendant of Kelantan Sovereigns, a male, and of the religion of Islam, Ahlu’s Sunnah wal Jamaah; each of the other Heirs shall also be such a person.

XXX. (1) The Heir shall be issue lawfully begotten of a marriage solemnized in accordance with the Hukum Syarak and any other law regulating Muslim marriages in force at the time and an acknowledged descendant of the body and flesh and blood of HIS ROYAL HIGHNESS SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

XXX. (2) The descendant who shall be eligible to become the Heir shall be a son, grandson, great-grandson and so on of the male line, first one generation after another until the last, that is to say, it shall not on any account be permitted and it shall be unlawful to elect as Heir any person other than a descendant of His Royal Highness Sultan Ismail Petra, so long as a descendant as above of His said Royal Highness exists: Provided that a descendant of His said Royal Highness shall not be eligible, if he is considered and determined, after full and complete enquiry by the Council of Succession, to have some grave and serious defect derogatory to the quality of an Heir, that is to say, any infirmity such as insanity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by the Hukum Syarak to become an heir.

Tidak sepertimana apa yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V sebenarnya masih lagi belum mempunyai seorang permaisuri dan Baginda juga masih lagi belum mempunyai keturunan zuriat.

Walaupun begitu, hakikat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V belum mempunyai seorang permaisuri tidaklah pula mendatangkan apa-apa cacat-cela kepada pemerintahan Baginda kerana, tidak sepertimana tanggapan umum, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sebenarnya tidaklah memperuntukkan sebarang kuasa dan peranan kepada Raja Perempuan Kelantan.

Apa yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sehubungan dengan kedudukan Raja Perempuan Kelantan hanyalah:

26. (1) Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri bolehlah melantik Isterinya menjadi Raja Perempuan Kelantan: Dengan syarat ia seorang Melayu beragama Islam dan menjadi isteri Raja yang berkahwin dengan mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa perkahwinan itu.

26. (2) Sekiranya berlaku kemangkatan Raja maka gelaran Isterinya itu hendaklah bertukar dengan sendirinya daripada “Raja Perempuan (Kelantan)” kepada “Raja Perempuan (nama tubuh)”, dan jikalau berlaku perceraian hidup maka gelaran itu hendaklah terlucut dengan sendirinya.

26. (3) Raja Perempuan hendaklah terhak menerima elaun yang akan dikenakan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan, yang hendaklah ditetapkan oleh Dewan Negeri; dan elaun itu hendaklah tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah wang yang ditetapkan bagi perbelanjaan hidup Raja yang memerintah: Dengan syarat bahawa, kiranya lucut gelaran disebabkan oleh perceraian hidup maka elaunnya itu bolehlah ditimbangkan semula oleh Dewan Negeri.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVI. (1) The Sovereign upon the advice of the Council of Succession may appoint his Consort to be the Raja Perempuan of Kelantan: Provided that she shall be of the Malay race and of the religion of Islam, a wife of the Sovereign, married to Him in accordance with the Hukum Syarak and the law in force at the time of such marriage.

(2) In the event of the demise of the Sovereign the title of His Consort shall change automatically from “Raja Perempuan (Kelantan)” to “Raja Perempuan (personal name)”, and in the event of a divorce the title shall automatically cease to apply.

(3) The Raja Perempuan shall be entitled to receive such allowance, to be charged on the Consolidated Fund, as shall be fixed by the Legislative Assembly; and such allowance shall not less than one fourth of the sum fix for the maintenance of the reigning Sovereign: Provided that, in the event of the title ceasing to apply as a result of a divorce, the allowance may be reconsidered by the Legislative Assembly.

Walaupun begitu, selaku seorang yang taat beragama, sudah tentulah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V juga berhasrat untuk memenuhi tuntutan agamanya. Untuk itu, sama-samalah kita mendoakan agar Baginda dikurniakan seorang permaisuri yang memenuhi ciri-ciri yang diingini oleh Baginda, khususnya yang berakhlak mulia, yang menguasai dengan baik al-Qur’an dan yang menutup dengan sempurna auratnya.

Allahu Akbar.

P/S: Untuk mengetahui perkembangan-perkembangan selanjutnya, tunggulah pengumuman-pengumuman yang akan kami buat di dalam blog kami ini dari semasa ke semasa.

Friday, October 8, 2010

POSTING 48: SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SEBENAR SULTAN MUHAMMAD KE-V

KENYATAAN MEDIA

PEJABAT SULTAN KELANTAN

AGIHAN DAGING LEMBU KEPADA ORANG MISKIN SEMPENA HARI KEPUTERAAN

Assalamu'alaikum w.b.t.

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah Kurnia-Nya, segala masalah dan dugaan yang dihadapi di Istana Kelantan ini dapat ditempuhi dengan tenang dan segala program yang diatur berjalan dengan lancar. Saya juga amat bersyukur kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V berada dalam keadaan sihat wal'afiat bersemayam di istana dalam aman dan pentadbiran negeri berjalan dengan sempurna.

2. Sempena dengan Keputeraan KDYMM Tuanku Al-Sultan yang sebenar pada 6hb Oktober 2010 program berbentuk keagamaan dan kebajikan telah diatur oleh Pejabat Sultan Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ketua-Ketua Jajahan. Aturcara program yang diatur adalah pada 8hb Oktober 2010 ini bersamaan 29 Syawal 1431H KDYMM Tuanku Al-Sultan telah mengampuni perkenan untuk mengedarkan 99 ekor lembu ke seluruh Kelantan kepada rakyat miskin. Pada sebelah pagi KDYMM Tuanku akan menyembelih sendiri lembu di Masjid Muhammadi, kemudian KDYMM Tuanku akan solat Jumaat di masjid tersebut. Lembu-lembu lain pula akan diedarkan kepada Ketua-Ketua Jajahan untuk diagihkan kepada sekalian rakyat jelata.

3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kuwait Finance House di samping pihak-pihak lain yang turut terlibat memberikan bantuan dalam menjayakan program ini. Lembu-lembu yang akan disembelih adalah seperti di lampiran berkembar.

4. Saya dapat maklum bahawa sekalian rakyat Kelantan yang berada di dalam dan luar negeri mengikuti perkembangan dengan penuh teliti dan rasa bersyukur. Kita semua hendaklah menerima hakikat terhadap perkara-perkara yang telah berlaku sebelum ini, yakin bahawa setiap ketentuan Allah adalah untuk kebaikan kita semua. Kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T. yang menentukan. Apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T. adalah yang terbaik untuk kita semua merangkumi semua aspek kehidupan.

5. Kita bersyukur kerana banyak pihak telah memberi perhatian dan kerjasama dalam perkara ini, termasuklah ahli ulama’ yang telah memainkan banyak peranan penting dalam membantu menangani permasalahan dan isu-isu yang timbul dalam negeri Kelantan. Kita sentiasa merujuk ahli ulama’ bukan sahaja dalam aspek keagamaan malah dalam semua aspek kehidupan, termasuklah dalam aspek pentadbiran negeri. Ini amat penting bagi memastikan kita sentiasa berada di landasan yang betul dan diredhai Allah S.W.T.

6. Saya ingin menarik perhatian bahawa hidup kita perlu kepada keinsafan, sebanyak mana duit kita dan sebanyak mana kuasa yang kita ada adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan kekayaan dan kekuasaan Allah S.W.T. Oleh itu, kita semua hendaklah muhasabah diri dan kembali ke jalan Allah S.W.T. kerana sesungguhnya setiap yang hidup akan kembali kepada Allah S.W.T. jua.

7. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu menegakkan kebenaran dan kita sama-sama berteduh di bawah payung KDYMM Tuanku Al-Sultan dengan mendapat berkat Allah S.W.T.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayat Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih

DATO’ HJ ABDUL HALIM BIN HJ AHMAD
Pengelola Istana D’Raja
Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan

Bertarikh: 06hb Oktober 2010

CADANGAN PENGAGIHAN LEMBU

Jajahan/Lokasi: Bil Lembu: Tarikh dan Masa Penyembelihan

Masjid Muhammadi: 3 ekor, 1 ekor, standby: 08/10/2010, 10.30 pagi

Kota Bharu: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Tumpat: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Bachok: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Tanah Merah: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Pasir Puteh: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Machang: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Pasir Mas: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Jeli: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Kuala Krai: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Gua Musang: 9 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Lojing: 5 ekor: 08/10/2010, 9.00 pagi

Tuesday, October 5, 2010

POSTING 47: SIASATAN SULTAN ISMAIL PETRA KE ATAS KES PULAI MINING

































POSTING 46: POLICE REPORT ON THE KELANTAN INSIDER

Since we opened this blog, there are some sensitive materials that have the potential to “tarnish the image of the Kelantan royal house” that we at the Kelantan Insider have written or downloaded.

However, instead of seeing police reports being lodged or court suits being made by the people that become the subjects of our writings, it is rather strange that what we hear is a very deafening silence. Nothing ever comes out of it: No report, no suit.

Not even the ever compliant blogs of their dedicated supporters,
especially the ones located at
http://rakyatkelantan.blogspot.com/ (Operated by Asrul, but died already),
http://kickdefella.wordpress.com/ (Operated by Azidi, but almost died also as far as the palace matters are concerned),
http://newkk.blogspot.com/ (Operated by Soberi),
http://justread-whatever.blogspot.com/ (Operated by Jailani)
and http://kelantaninsider.blogspot.com/ (Operator unknown, recently created with the clear intent of confusing our readers and our potential readers, but, never mind, as they said, imitation is the sincerest of flattery),
dared to comment at all.

Hence, imagine our surprise when, all of a sudden, a short article that we wrote on 3 October 2010, that is “POSTING 45: SULTAN ISMAIL PETRA AKAN DIBAWA LARI KE THAILAND?”, managed to entice a police report on us when there was practically nothing inside it that can be perceived as having the potential to “tarnish the image of the Kelantan royal house”, what more to “disrupt peace”.

The article is indeed very simple: Based on believable information that we received, we, out of our concern for Sultan Ismail Petra’s safety, pleaded those people planning to illegally bring him to Thailand not to do so besides urging the relevant authorities to do something to prevent the plan from being materialized. Other than that, there was also this general statement about our hope that those people would no longer use Sultan Ismail Petra’s name for their personal gains.

It is not our writings that tarnished the image of the Kelantan royal house but it is prolonged misdeeds of a few members of the Kelantan royal house that did tarnish it. The rakyat knew it all along even if we do not tell them, Mister.

Allahu Akbar.

P/S: “POSTING 45: SULTAN ISMAIL PETRA AKAN DIBAWA LARI KE THAILAND?” is a truth, but the action not yet being done, and the objective of this article being published is indeed to prevent the action from being done, the action can then be not done so that we can be accused of publishing an untrue story. Well, what matters is that we have succeeded in ensuring that our beloved Sultan Ismail Petra is safe. Imagine what can happen if we did not publish this story.

Pembantu bekas Sultan Kelantan buat laporan polis
(Berita Harian, 6 Oktober 2010, muka surat 11)

KOTA BHARU: Pembantu peribadi kepada Sultan Ismail Petra semalam membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, berhubung dakwaan bekas Sultan Kelantan itu akan dibawa lari ke Thailand secara sembunyi.

Leftenan Kolonel Zahari Bakri, 40, dalam laporan pada jam 10.50 pagi itu mahu siasatan dilakukan berhubung SMS diterimanya kira-kira jam 9.21 pagi, 21 September lalu daripada individu tidak dikenali mendakwa terdapat pakatan jahat membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke negara jiran.

Zahari dalam laporan polisnya juga mahu siasatan dilakukan terhadap sebuah laman blog, The Kelantan Insider, berhubung Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand? bertarikh 3 Oktober lalu.

“Saya membuat laporan ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengenai dakwaan berkenaan kerana khuatir boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik institusi diraja Kelantan.

“Penulis blog The Kelantan Insider perlu disiasat (dan juga bagaimana) sumber itu diperoleh oleh mereka ketika menulis berkaitan dakwaan berkenaan,” katanya selepas membuat laporan polis.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan terdapat khabar angin mengenai Sultan Ismail Petra akan dibawa secara rahsia ke Bangkok menggunakan pintu sempadan Kelantan-Thailand, menyebabkan pintu sempadan di Rantau Panjang-Sungai Golok dikawal ketat.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Zahari menerusi kenyataannya kepada media pada 3 Oktober lalu yang menafikan khabar angin mendakwa ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, akan dibawa masuk ke negara jiran, Thailand, secara senyap.

Sultan Ismail Petra gering sejak Mei tahun lalu dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum mendapat rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Baginda kembali ke Kelantan pada 4 Mac lalu dan menerima rawatan di HUSM, sebelum dibawa ke Istana Kubang Kerian untuk rawatan fisioterapi.

Mengulas mengenai The Kelantan Insider, Zahari berkata, beliau membaca blog berkenaan pada Isnin lalu, kira-kira jam 11.30 malam sebelum membuat keputusan membuat laporan polis semalam.

"Saya hanya dimaklumkan mengenainya (dakwaan Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand) daripada wartawan yang telefon saya ketika itu dan malam tadi (malam kelmarin) baru saya baca dalam blog (The Kelantan Insider)," katanya.

Pengawal peribadi bekas sultan buat laporan polis
(Harian Metro, 6 Oktober 2010, muka surat 12)

KOTA BHARU: Pengawal peribadi bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, semalam membuat laporan polis terhadap laman blog The Kelantan Insider berhubung penyiaran artikel bertajuk ‘Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand’.

Leftenan Kolonel Zahari Bakri membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian atas kapasiti peribadi apabila menganggap tindakan menyiarkan artikel berkenaan dikhuatiri menjejaskan nama baik institusi diraja Kelantan.

Beliau berkata, sebelum itu dia turut menerima satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali pada 21 September lalu memaklumkan ada pakatan jahat membawa lari Sultan Ismail Petra ke Thailand melalui jalan darat.

“Saya menerima SMS ini pada jam 9.21 pagi daripada individu tidak dikenali memaklumkan perkara itu.

“Ingin ditegaskan, Sultan Ismail masih menerima rawatan seperti biasa di Istana Mahkota, Kubang Kerian, dan baginda tidak akan dibawa ke mana-mana.

“Ia hanya dakwaan semata-mata yang berniat jahat yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan memburukkan institusi diraja Kelantan,” katanya selepas membuat laporan polis di sini semalam.

Berhubung artikel melalui laman blog itu, Zahari berkata, dia hanya mendapat tahu perkara itu daripada pihak media yang pernah menghubunginya untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu beberapa hari lalu.

Zahari berkata, dia kemudiannya melayari laman blog berkenaan dan mendapati terdapat artikel mengatakan Sultan Ismail akan dibawa lari ke Thailand.

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah supaya pihak terbabit dapat menyiasat segera laman blog ini yang kebanyakannya menyiarkan perihal istana secara terperinci.

“Penulis blog ini perlu disiasat terutama sumber yang diperoleh mereka ketika menulis artikel berhubung perkara itu,” katanya.

Istana Mahkota buat laporan polis (kenyataan blog, kemungkinan Sultan Ismail Petra dilarikan)
(Sinar Harian, 6 Oktober 2010, muka surat N10)

KOTA BHARU - Istana Mahkota semalam membuat laporan polis berhubung penerimaan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, akan dibawa lari ke Thailand termasuk kenyataan di dalam sebuah laman blog, The Kelantan Insider.

Laporan itu dibuat pengiring bekas Sultan Kelantan, Zahari Bakri, di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira jam 10.50 pagi semalam.

Zahari berkata, SMS berkenaan diterima kira-kira jam 9.21 pada 21 September lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Katanya, SMS berkenaan berbunyi: "Salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat. Thanks".

Zahari berkata, dalam pada itu, laporan berkenaan juga dibuat berikutan kenyataan dalam laman sebuah blog, The Kelantan Insider, pada 3 Oktober lalu.

Beliau berkata, dia membaca kenyataan bertajuk Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?

“Dalam laporan blog ini ada menyatakan pihak berkenaan menerima maklumat terperinci dari sumber-sumber yang berwibawa mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand melalui Takbai dan Pattani untuk bersemayam di sana.

“Selain itu, terdapat juga kenyataan yang menyeru pihak berkenaan supaya segera menghentikan usaha-usaha untuk terus mempergunakan Sultan Ismail Petra bagi kepentingan diri sendiri, apatah lagi apabila usaha-usaha ini menjangkaui tahap membawa lari sekaligus memperjudikan kebajikan dan keselamatan Sultan Ismail Petra,” katanya.

Menurutnya, dalam blog itu juga dilaporkan menyeru pihak-pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan perancangan untuk membawa secara sembunyi-sembunyi Sultan Ismail Petra ke Thailand tidak terlaksana.

Zahari berkata, laporan polis berkenaan dibuat kerana bimbang menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik institusi diraja Kelantan.

Siasat pakatan larikan Sultan Ismail
(Kosmo!, 6 Oktober 2010, muka surat 3)

KOTA BHARU – Seorang pegawai pengiring Sultan Ismail Petra membuat satu laporan polis berhubung penerimaan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan itu akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat oleh Leftenan Kolonel Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi semalam.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu SMS daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

SMS tersebut berbunyi: "Salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain SMS itu, beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?'

"Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

"Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana," katanya.

Justeru, katanya, beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik institusi diraja Kelantan. -- Bernama

Report lodged over SMS on former Kelantan ruler
(New Straits Times, 6 Oktober 2010, muka surat 14)

KOTA BARU: Istana Mahkota has lodged a police report over a short messaging service on a purported plan to take former sultan of Kelantan Sultan Ismail Petra to Thailand.

The report was made by aide-de-camp Colonel Zahari Bakri at the Kubang Kerian police station.

Zahari said he received a text message from an unknown individual at 9.21am on Sept 21, alleging a conspiracy to take Sultan Ismail Petra by road to Thailand.

The text message urged the authorities to secure the border to thwart the attempt and claimed that the conspirators planned to shelter at a military camp.

The plan was also posted on The Kelantan Insider blog on Monday, he said, adding that the police should investigate the SMS text sender and blogger. -- Bernama

Report on Thailand plan for ex-Sultan
(The Star, 6 Oktober 2010, muka surat N17)

KOTA BHARU: Istana Mahkota has lodged a police report over an SMS regarding a purported plan to take former Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra, to Thailand.

The report was made by aide-de-camp Kol Zahari Bakri at the Kubang Kerian police station at 10.50am yesterday.

Speaking to reporters, Kol Zahari said he received the text message from an unknown individual at 9.21am on Sept 21, alleging a conspiracy to take Sultan Ismail Petra by road to Thailand.

The message, he added, urged the authorities to secure the border to thwart the attempt and claimed that the conspirators planned to take shelter at a military camp.

The purported plan was also posted on The Kelantan Insider blog.

Istana Buat Laporan Polis SMS Komplot Larikan Bekas Sultan
(Bernama, 5 Oktober 2010, 15:42 PM)

KOTA BAHARU, 5 Okt (Bernama) -- Istana Mahkota pada Selasa membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi Selasa.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain sms itu katanya beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?'

Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

"Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana," katanya.

Justeru katanya beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik Institusi Diraja Kelantan.

Zahari berkata penulis blog Kelantan Insider juga perlu disiasat agar dapat mengetahui dari sumber mana yang diperolehi mereka ketika menulis laporan mengenai komplot membawa lari bekas Sultan itu. -- BERNAMA

Report Lodged On Purported Plan To Take Ex-ruler To Thailand
(Bernama, 5 Oktober 2010, 16:21 PM)

KOTA BAHARU, Oct 5 (Bernama) -- Istana Mahkota has lodged a police report over a short messaging service (SMS) on a purported plan to take former Sultan of Kelantan Sultan Ismail Petra to Thailand.

The report was made by aide-de-camp Colonel Zahari Bakri at the Kubang Kerian police station at 10.50am Tuesday.

Speaking to reporters, Zahari said he received a text from an unknown individual at 9.21am on Sept 21, alleging a conspiracy to take Sultan Ismail Petra by road to Thailand.

He said the text urged the authorities to secure the border to thwart the attempt and claimed that the conspirators planned to shelter at a military camp.

The purported plan was also posted on The Kelantan Insider blog on Monday, he said, adding that the police should investigate the SMS text sender and blogger as it could disrupt peace and tarnish the image of the Kelantan royal house.

Sultan Ismail Petra, who has been ill for more than a year after suffering a stroke, is the father of the present Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad V, who ascended the throne on Sept 13. -- BERNAMA

Tuanku Ismail tak dibawa ke Thailand
(Berita Harian, 4 Oktober 2010, muka surat 10)

KOTA BHARU: Pembantu peribadi kepada Tuanku Ismail Petra semalam menafikan khabar angin yang mendakwa ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, akan dibawa masuk ke negara jiran, Thailand, secara senyap.

Kolonel Zahari Bakri berkata, tiada sebab Tuanku Ismail Petra mahu dibawa ke negara berkenaan dengan cara begitu kerana baginda kini masih lagi menjalani rawatan fisioterapi di Istana Mahkota, Kubang Kerian, di sini.

“Memang ada tersebar khabar angin melalui SMS, tetapi ia tidak benar. Tidak ada sebarang perancangan untuk membawa Tuanku Ismail Petra keluar dari Istana Mahkota buat masa ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam, satu khabar angin mengenai Tuanku Ismail Petra akan dibawa secara rahsia ke Bangkok menggunakan pintu sempadan Kelantan-Thailand menyebabkan pintu sempadan di Rantau Panjang-Sungai Golok dikawal ketat.

Sementara itu, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai khabar angin berkenaan.

Tuanku Ismail Petra gering sejak Mei tahun lalu dan terpaksa menerima rawatan di Hospitall Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum mendapat rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Baginda kembali ke Kelantan pada 4 Mac lalu dan menerima rawatan di HUSM sebelum dibawa ke Istana Kubang Kerian untuk rawatan fisioterapi.

Tiada perancangan bawa Sultan Ismail Petra ke Thailand
(Harian Metro, 4 Oktober 2010, muka surat 22A)

KOTA BHARU: Pembantu peribadi Sultan Ismail Petra menafikan khabar angin mendakwa ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, itu akan dibawa ke negara jiran hingga kawalan ketat terpaksa dilakukan di pintu sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok disini semalam.

Kolonel Zahari Bakri berkata, tiada sebab Sultan Ismail Petra perlu dibawa ke luar negara kerana sedang menjalani rawatan fisioterapi di Istana Mahkota.

“Memang ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada perancangan membawa Sultan Ismail Petra ke mana-mana. Sultan pun tidak mahu ke mana-mana,” katanya, semalam.

Khabar angin kembali melanda keluarga diraja Kelantan apabila Sultan Ismail Petra dikatakan akan dibawa secara rahsia ke Bangkok menggunakan pintu sempadan Kelantan-Thailand menyebabkan pintu sempadan dikawal ketat.

Sementara itu, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

'Ex-ruler prefers to stay on in Kelantan'
(New Straits Times, 4 Oktober 2010, muka surat 21)

KOTA BARU: An aide to Sultan Ismail Petra yesterday dismissed a fresh rumour that there was an attempt to take the former state ruler out of the country.

Aide-de-camp Colonel Zahari Bakri said the former sultan of Kelantan wished to stay at Istana Mahkota here to continue with his treatment.

"He (Sultan Ismail Petra) is keeping to his physiotherapy routine and treatment at Istana Mahkota.

"There is no plan to take him away as he prefers to remain at Istana Mahkota," he said.

It was rumoured that there was a clandestine move to whisk away the former ruler to neighbouring Bangkok via the Kelantan-Thailand border.

Sultan Ismail Petra, who has been ill for more than a year after suffering a stroke, is the father of the present Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad V, who ascended the throne on Sept 13.

Zahari said he received a text message on the purported plan to take Sultan Ismail Petra to Thailand.

"I believe the rumour-mongers are trying to give an impression that the royal families at Istana Mahkota are evil people."

Meanwhile, state royal household comptroller Datuk Abdul Halim Hamad, when contacted, declined to comment.