Thursday, September 9, 2010

POSTING 3O: KENYATAAN MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

PEJABAT SULTAN KELANTAN

KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum w.b.t.

1. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama pihak media kepada Pejabat Sultan yang sebahagian besar telah membuat liputan baik kepada aktiviti-aktiviti istana sepanjang masa. Saya ingin memaklumkan sekalian orang ramai bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada sekalian rakyat Negeri Kelantan.

2. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan amat gembira kerana rakyat Kelantan berada dalam keadaan sejahtera dan keadaan negeri yang aman makmur. Baginda juga berharap rakyat Kelantan yang berada di perantauan dapat pulang berhari raya bersama keluarga dengan selamat dan ceria. Ingatan Tuanku agar sekalian rakyat menjaga keselamatan keluarga semasa berada di rumah dan dalam perjalanan pulang berhari raya.

3. Saya ingin memaklumkan sekalian orang ramai bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan akan berangkat menziarahi Makam Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab II sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri (09 September 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1431H), jam 6.00 petang.

4. Adalah dimaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan akan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pada pukul 8.15 pagi. Sekalian kaum Muslimin dan Muslimat bolehlah menghadap dan berhari raya dengan Baginda selepas sahaja Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri di masjid tersebut.

5. Kemudian Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan akan berangkat ke Makam D’Raja Langgar pada pukul 10.00 pagi pada Hari Raya Pertama.

6. Kemudian Tuanku akan ke Istana Negeri untuk kaum Muslimin dan Muslimat serta orang-orang yang beragama lain (lelaki dan perempuan) berhari raya dengan Baginda dari pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

7. Saya juga ingin memaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan 1431H yang lepas, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah berkenan mencemar duli dengan melawat dan berbuka puasa di seluruh jajahan dalam negeri Kelantan. Sempena majlis berbuka puasa itu juga, Baginda telah menyampaikan pelbagai sumbangan kepada rakyat jelata Baginda yang memerlukan. Ini menunjukkan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat. Tuanku amat gemar membuat kebajikan dan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadhan.

Berikut merupakan ringkasan program Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan sepanjang bulan Ramadhan 1431H:

15-08-2010 (Ahad) 05 Ramadhan 1431H:
4.35 ptg: Solat Fardhu Asar, Pengurniaan Bantuan: Masjid Mukim Perupok, Daerah Perupok, Bachok
7.27 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Tepus, Daerah Gunong, Bachok

16-08-2010 (Isnin) 06 Ramadhan 1431H:
8.34 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Taman Tanjong Chat, Kota Bharu

17-08-2010 (Selasa) 07 Ramadhan 1431H:
6.50 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Jeram, Daerah Jeram, Pasir Puteh

18-08-2010 (Rabu) 08 Ramadhan 1431H:
6.45 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Kok Keli, Daerah Sungai Pinang, Tumpat

19-08-2010 (Khamis) 09 Ramadhan 1431H:
8.32 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Bunut Payong, Kota Bharu

20-08-2010 (Jumaat) 10 Ramadhan 1431H:
1.17 tgh: Solat Fardhu Jumaat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu
7.25 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa, Kota Bharu

21-08-2010 (Sabtu) 11 Ramadhan 1431H:
8.31 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Kota, Kota Bharu

22-08-2010 (Ahad) 12 Ramadhan 1431H:
6.45 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Pasir Genda, Paloh, Tanah Merah

23-08-2010 (Isnin) 13 Ramadhan 1431H:
6.30 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Galang, Pulai Chondong, Machang

24-08-2010 (Selasa) 14 Ramadhan 1431H:
7.23 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan, Kota Bharu

25-08-2010 (Rabu) 15 Ramadhan 1431H:
7.24 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Batu Papan, Gua Musang

30-08-2010 (Isnin) 20 Ramadhan 1431H:
7.21 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Bharu

31-08-2010 (Selasa) 21 Ramadhan 1431H:
7.21 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Kampung Rahmat, Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai

01-09-2010 (Rabu) 22 Ramadhan 1431H:
7.20 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas

02-09-2010 (Khamis) 23 Ramadhan 1431H:
8.25 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kota Bharu

03-09-2010 (Jumaat) 24 Ramadhan 1431H:
1.13 tgh: Solat Fardhu Jumaat: Masjid Mukim Telok Jering, Tumpat
7.19 mlm: Majlis Berbuka Puasa bersama Penghulu dan Penggawa: Istana Balai Besar, Kota Bharu

04-09-2010 (Sabtu) 25 Ramadhan 1431H:
7.18 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Ayer Lanas, Jeli

05-09-2010 (Ahad) 26 Ramadhan 1431H:
7.18 mlm: Majlis Berbuka Puasa dan Solat Fardhu Maghrib bersama Pegawai Tadbir Negeri dan Pegawai Tadbir Agama Negeri: Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu
8.23 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Kota Darul Naim, Kota Bharu

06-09-2010 (Isnin) 27 Ramadhan 1431H:
7.17 mlm: Majlis Berbuka Puasa dan Solat Fardhu Maghrib: Istana Balai Besar, Kota Bharu

07-09-2010 (Selasa) 28 Ramadhan 1431H:
7.17 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid An-Nur, Pasir Pekan, Tumpat

08-09-2010 (Rabu) 29 Ramadhan 1431H:
8.23 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Al-Muttaqin, Kota Bharu

09-09-2010 (Khamis) 30 Ramadhan 1431H:
4.17 ptg: Solat Fardhu Asar: Masjid Kampung Laut, Sungai Pinang
Ziarah keluarga Allahyarhamah Zainab Bt Mahmod yang meninggal di Port Dickson: Kampung Pulau Kerbau, Sungai Pinang
5.00 ptg: Berangkat Menziarahi Makam Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab II: Makam D’Raja Langgar, Kota Bharu
8.15 mlm: Solat Sunat Tasbih: Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

DATO’ HJ. ABDUL HALIM BIN HJ AHMAD
Pengelola Istana D’Raja
Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan
Bertarikh: 08 September 2010