Setelah sekian lama berdiam diri, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya bersuara juga tentang persoalan pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan yang baru.
Malangnya, kenyataan beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2010 bertajuk “minta istana, kerajaan negeri beri penjelasan elak kekeliruan” itu bernada agak sumbang.
Apa yang disebut oleh beliau di dalam akhbar itu juga tidak mencerminkan taraf yang sepatutnya dipunyai oleh beliau selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor.
Di dalam kenyataannya itu, beliau menyatakan bahawa:
1. Beliau secara peribadi tidak mempunyai halangan ke atas pemasyhuran itu sekiranya ia dibuat dengan betul atau, lebih tepat lagi, “kalau ia (dibuat) ikut perlembagaan negeri”.
2. Beliau meminta Istana Kelantan memberi penjelasan kepada rakyat untuk memulihkan kekeliruan yang timbul dan untuk memperbaiki imej institusi Istana Kelantan.
Selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor, beliau sepatutnya mampu untuk membuat dan mengemukakan satu pendirian yang tegas ke atas perkara ini.
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah dibekalkan kepada semua pihak, beliau sepatutnya mampu untuk memutuskan sama ada pemasyhuran itu sah atau tidak.
Beliau tidak sepatutnya membiarkan diri beliau seolah-olah berada di awang-awangan, ke sana pun tidak dan ke sini pun tidak, dengan berselindung di sebalik ungkapan “kalau”.
Selaku Ahli Majlis Perajaan Negeri, beliau juga sepatutnya bersikap lebih gentleman dengan menyuarakan pandangan beliau ke atas perkara ini di dalam mesyuarat majlis itu.
Seandainya beliau hadir di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 tentulah beliau akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai perkara ini.
Malangnya, beliau memilih untuk tidak hadir tanpa memberikan sebarang sebab yang munasabah di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 itu.
Untuk makluman beliau, penjelasan secukupnya telah diberikan kepada rakyat mengenai pemasyhuran ini dan, alhamdulillah, penerimaan mereka ke atasnya adalah amat baik.
Oleh itu, tidaklah berbangkit lagi soal wujudnya kekeliruan mengenai perkara ini walaupun masih ada segelintir pihak yang cuba menimbulkan kekeliruan untuk maksud tertentu.
Pejabat Sultan Kelantan telah menganjurkan beberapa siri majlis penerangan mengenai perkara ini kepada para pemimpin dan pegawai kerajaan, penggawa, penghulu dan imam.
Majlis-majlis penerangan yang dibuat di Istana Balai Besar ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 12 Januari 2010 serta pada 8 dan 26 September 2010.
Di dalam majlis-majlis itu, penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini, khususnya yang melibatkan perlembagaan negeri, telah dibuat oleh Dato’ Sukri Haji Mohamed.
Dato’ Sukri Haji Mohamed, selain merupakan seorang pakar perundangan, adalah juga Ahli Majlis Perajaan Negeri merangkap penasihat kepada Istana Kelantan sejak sekian lama.
Penjelasan juga turut dibuat melalui sidang-sidang media sama ada oleh Dato’ Sukri Haji Mohamed sendiri, oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, atau oleh Pengelola Istana Diraja, Dato’ Abdul Halim Haji Hamad.
Sidang-sidang media yang dibuat di Istana Balai Besar, Istana Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 13, 14, 15 dan 22 September 2010.
Untuk mendapat jangkauan yang lebih luas dan di dalam kadar yang lebih cepat, penjelasan secara separa rasmi juga turut dibuat dari semasa ke semasa di dalam blog ini.
Apa pun, pihak kami merasa amat terharu di atas sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan ke atas pemasyhuran ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada para pemimpin dari parti-parti politik, khususnya PAS dan UMNO, malah yang tidak berparti pun, yang telah bersatu hati menerimanya.
Begitu juga dengan pakar-pakar perundangan dari dunia akademik seperti Profesor Dr Abdul Aziz Bari atau dunia guaman seperti Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
Terutama sekali adalah kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang, melalui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah memperakui keabsahan Sultan Muhammad Ke-V.
Adalah diharapkan bahawa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, itu menamatkan segala kekeliruan yang masih ada pada mana-mana pihak mengenai perkara ini.
Jika ini belum mencukupi maka Pejabat Sultan Kelantan, di atas permintaan, sedia mengadakan majlis penjelasan khas kepada mana-mana pihak yang masih di dalam kekeliruan.
Akhirnya, walaupun perkara ini telah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah itu juga tentulah akan mengasaskan segala keputusannya kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan dengan perkara ini, sukalah kami mengemukakan di sini Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan (Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri) yang berbunyi:
(1) Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.
Versi bahasa Inggerisnya:
71. Federal guarantee of State Constitutions
(1) The Federation shall guarantee the right of a Ruler of a State to succeed and to hold, enjoy and exercise the constitutional rights and privileges of Ruler of that State in accordance with the Constitution of that State; but any dispute as to the title to the succession as Ruler of any State shall be determined solely by such authorities and in such manner as may be provided by the Constitution of that State.
Allahu Akbar.
Nota: Sepertimana yang telah dijelaskan di dalam "POSTING 38: TENGKU RAZALEIGH DAN TENGKU AMALIN BUKAN LAGI AHLI MPN?" bertarikh 18 September 2010 sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah kini bukan lagi merupakan Ahli Majlis Perajaan Negeri.
Majlis Raja-Raja alu-alukan keberangkatan hadir Sultan Muhammad V
(Bernama, 14 Oktober 2010)
KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula semalam mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Negeri Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar Kelantan menuju kejayaan dan baginda sentiasa dikasihi rakyat.
"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra, yang sedang gering sejak lebih dari setahun.
Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.
Conference of rulers welcomes Sultan Muhammad V
(Bernama, 14 Oktober 2010)
KUALA LUMPUR: The Conference of Rulers, which held a two-day meeting at the Istana Negara, here beginning Wednesday, welcomed the presence of the Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad V, as a full member of the Conference.
The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, who chaired the 222nd meeting, said the Conference prayed that the state of Kelantan would continue to be peaceful and that Sultan Muhammad V could rule the state fairly and steer it towards greater success and would always be loved by his subjects.
Sultan Muhammad V was proclaimed as the 29th Sultan of Kelantan at the Istana Balai Besar, Kelantan last month to succeed his father, Sultan Ismail Petra, who has been ill for more than one year.
Sultan Sharafuddin said in a statement that as a highly educated individual who is people-oriented and had wide experience in administration, the Conference of Rulers had full confidence that Sultan Muhammad V could render assistance and give inputs and new ideas to the Conference of Rulers Meeting.
Sultan Sharafuddin also said that he and all the Malay Rulers and Yang di-Pertuas Negeri were sad over Sultan Ismail Petra's illness and prayed that he would regain his health.
Tengku Fakhry loses case against Regent
(The Star, 30 Januari 2010)
KUALA LUMPUR: Kelantan Regent Tengku Muhammad Faris Petra’s action to revoke his brother Tengku Muhammad Fakhry Petra’s membership in the Kelantan Succession Council cannot be reviewed, ruled the High Court.
In dismissing the latter’s judicial review application, High Court judge Justice Mohamad Ariff Md Yusof yesterday ordered the prince to pay costs to the Regent and seven others named in the civil action.
He ruled that the action of the Regent in revoking his brother’s membership in the council on Sept 16, last year could not be challenged in any court of law as the subject matter was non-justiciable.
“It is non-justiciable as it involves the Kelantan Succession Council and the prerogative powers of His Royal Highness, in this case, the Regent. The court of law is not a suitable forum to decide over this subject matter.”
In his findings, Justice Mohamad Ariff said the definition of the term “His Royal Highness” under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state.
In elaborating his grounds, Justice Mohamad Ariff said there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period.
Nazri: Council has final say on Kelantan sultan
(Malaysiakini, 13 September 2010)
Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz said the federal government considers as valid the appointment of Regent Tengku Mohamad Faris Petra as Kelantan's new ruler.
“It falls under the jurisdiction of the council of succession,” said the de facto law minister today, “And the federal government accepts whatever the decision that the council comes up with.”
Nazri cited the case of Negeri Sembilan two years ago, where the government did not interfere when the state's council of succession, comprising the four undang (noble chiefs), chose someone other than the sultan's direct male heir as the successor.
Asked if the courts could intervene even if the federal government could not, Nazri emphatically said they could not.
Last week, lawyers reportedly acting on behalf of the ailing Kelantan Sultan Tuanku Ismail Petra submitted two motions to the Federal Court to block any attempts to remove the ruler from his seat.
The proclamation ceremony today was a subject of controversy because of this, along with claims by the incumbent sultan's eldest sister Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yesterday that "conspirators" were out to oust her brother through unconstitutional means.
Although the press speculated that the proclamation ceremony would take place today, it was only confirmed hours before the event at Istana Balai Besar, Kota Bharu proceeded at 11.30am.
Tengku Mohamad Faris was made acting sultan last May after his father was incapacitated due to a stroke, sparking a tumultous year ahead for the Kelantan royal household.
Constitutional law expert Abdul Aziz Bari also rubbished the attempts as mere procedural posturing by the lawyers.
“While the Federal Court is the right forum to determine constitutional issues, the law as it stands now is that it is the Majlis Perajaan (council of succession) that has the final say.
“The Federal Court will not interfere with the decision pertaining to disputes pertaining to the right of succession,” stressed Abdul Aziz, a UIA law professor.
Abdul Aziz cited as precedence the court's reluctance to intervene in the Negeri Sembilan case mentioned by Nazri, as well as the case of Terengganu's Sultan Ali who was deposed from office by the British Military Administration for alleged collusion with the Japanese in 1946.
“Under the constitutional scheme it is the council who makes or breaks the ruler. Not the court. The court has no power over the council.
“More so, Article 71 of the Federal Constitution expressly states that the federation will undertake to protect the state's rights of succession,” he added.
He explained that the courts recognise the constitutional right of the council as the sole authority to appoint a successor or declare a sultan unfit.
“That is the inherent power of the council, article 23A of the Kelantan state constitution simply makes it clearer,” Abdul Aziz opined.
The newly amended Article 23A gives the council express powers to declare a sultan unfit for duty should he be incapacitated, and to name his replacement.
The council and the state government relied on this article in their announcement this morning naming Tengku Faris as the new Sultan of Kelantan.
Proclamation of new Kelantan Sultan lawful, says lawyer
(The Star, 26 September 2010)
KUALA LUMPUR: The proclamation of Tuanku Muhammad Faris Petra as the Sultan of Kelantan to succeed his ailing father Tuanku Ismail Petra satisfies both common and syariah law requirements, says a prominent constitutional lawyer.
Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah said the decision by the Kelantan Royal Succession Council was particularly apt from the syariah law point of view, which stipulated that the head of state must be mentally and physically perfect.
“He definitely cannot be substantially impaired in mind and body as Islamic jurisprudence argues that such substantial impairment may create an inconducive atmosphere in the Palace and the State,” he told The Star.
Muhammad Shafee said such impairment might result in a third party trying to exercise the power of the Sultan or exercise influence on him.
“In the worst of situations, a head of state suffering from such impairment could be literally reduced to a mere ‘puppet’.”
“In Islam, such a situation is intolerable and would be unconstitutional,” he said.
He said most Islamic jurisprudence was of the view that it would be haram (sinful) to allow such situation to continue.
He said the requirement for the Sultan to be mentally and physically perfect was not just meant to ensure that the decisions made were well considered but was also important to guarantee continued public confidence in his governance.
“The people must feel confident in their ruler’s capacity and capability,” he said, citing Islamic thinkers such as Abu Hassan Al-Mawardi and Ibnu Khuldun who had opined that a Ruler must possess healthy senses of hearing, sight and speech; a healthy body; intelligence and acute thinking that commensurate with his onerous duties.
Tuanku Ismail Petra filed a petition at the Federal Court on Monday to declare the proclamation unconstitutional.
He had already filed two petitions seeking the opinion of the Federal Court on whether Tuanku Muhamad Faris Petra had the full power to reconstitute the Royal Succession Council and question the fundamental liberties of the Sultan.
The Federal Court had set Oct 23 to decide whether it had the jurisdiction to hear the first two petitions.
Muhammad Shafee opined that it was also pointless to file any lawsuit against Tuanku Muhammad Faris Petra because he is now the Sultan of Kelantan.
“This is a matter of royal prerogatives. It is very unlikely that an ordinary court of law would entertain such a challenge as it is deemed to be non-justiciable,” he said.
Selesaikan kemelut istana - Nik Aziz
(Bernama, 13 September 2010)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat.
Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah "rumah siap pahat berbunyi".
"Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing," katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.
Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu.
Sementara itu di Bachok, UMNO Kelantan berharap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu akan memakmur dan membangunkan Kelantan yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, UMNO menaruh harapan yang tinggi agar Sultan Kelantan dapat menjadikan Kelantan antara negeri yang termaju di negara ini.
"Bagi pihak UMNO Kelantan kita menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini yang dihadiri lebih 5,000 penduduk Bachok, sebilangan besarnya kaum nelayan.
Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan pusat akan terus menyalurkan pelbagai projek kepada Kelantan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang sedang diperincikan dan akan diumumkan bulan depan.
Ciri peribadi Sultan Kelantan selari kehendak rakyat
(Bernama, 15 September 2010)
PASIR MAS: UMNO Kelantan berpendapat ciri peribadi murni Sultan Kelantan yang baru Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang begitu prihatin terhadap rakyat dan mempunyai ilmu agama yang tinggi adalah selari dengan kehendak masyarakat Kelantan.
Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dengan itu pihaknya yakin rakyat Kelantan akan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan itu yang telah dimasyhurkan Isnin lepas.
"Kita bersyukur Sultan Kelantan telah dimasyhurkan dan akan taat setia terhadap baginda yang telah dipilih mengikut perlembagaan dan saya yakin rakyat akan memberikan taat setia terhadap baginda.
"Saya telah beberapa kali mengikuti baginda menziarahi masjid dan apa yang Tuanku lakukan selaras dengan kehendak rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan dan Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini.
Mustapa yakin dengan pemasyhuran itu, segala isu yang melanda keluarga diraja itu akan selesai akhirnya.
PAS: Accept reign of new Kelantan Sultan
(The Star, 16 September 2010)
KUALA LUMPUR: PAS has urged Malaysians to accept the reign of the newly-proclaimed Sultan of Kelantan Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra.
PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa said the party was confident the proclamation on Monday was carried out in accordance with Article 6 of the Kelantan State Constitution.
“We wish to profess our loyalty to Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra and we urge the people of Kelantan to do the same,” he said at a press conference yesterday.
Nasharuddin added that the people of Kelantan were happy and thankful for the smooth transition of rule in the state.
“For three days after the proclamation, you do not see or hear of any unrest. Things are calm there,” he said.
Also joining the press conference at PAS headquarters in Jalan Raja Laut here were party vice-president Salahuddin Ayub and treasurer Dr Mohd Hatta Ramli.
Salahuddin said the proclamation was not done in haste.
“Tuanku has been patient and calm for one year as Regent.
“When his father was confirmed to be unfit to rule, only then was the decision made for him to take over,” he said.
Dr Hatta described the new Sultan as a down-to-earth Ruler in touch with his subjects.
Dun Kelantan rafak sembah Sultan Muhammad ke-V
(Harakahdaily, 30 September 2010)
KOTA BHARU, 30 Sept: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Khas yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini merakamkan ucapan tahniah (merafak sembah) dan sembah taat setia kepada Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad ke-V.
Cadangan merafak sembah (ucapan tahniah) yang mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dikemukakan Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Yakob sebentar tadi yang disokong oleh Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad.
Turut menyokong cadangan ucapan tahniah itu, Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad, (BN-Kok Lanas).
Abdullah ketika berucap membentangkan cadangan rakaman tahniah itu berkata perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad ke-V dinanti-nantikan oleh rakyat seluruhnya.
Beliau juga turut mengakui rakyat seluruh Kelantan melahirkan rasa gembira di atas perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Sambungnya lagi, perlantikan itu juga sejajar dengan kehendak rakyat memandangkan baginda lebih mengambil perhatian serta menyelesaikan masalah mereka.
“Kami dari pihak kerajaan negeri sentiasa menyokong Tuanku sejak mula tuanku ditabalkan sebagai Sultan Kelantan lagi,” ujarnya.
Katanya lagi, perlantikan baginda bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering bertepatan dan tidak menyalahi undang-undang memandangkan Sultan Ismail Petra tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Abdullah berkata, baginda yang gemar turun ke bawah untuk menunaikan solat sunat hajat dan menyelami masalah rakyat begitu mengharukan rakyat seluruh negeri ini.
Sementara itu, Alwi turut menyokong perlantikan dan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.
“Saya mewakili Barisan Nasional Kelantan menyokong penuh di atas perlantikan tuanku sebagai Sultan Kelantan yang baru yang membawa gelaran Sultan Muhammad Ke-V,” ujarnya.
Drs Zainuddin Awang Hamad, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan bagi menyokong ucapan merafak sembah itu mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu-gugat kedaulatan Sultan Kelantan sekarang.
Katanya, perlantikan baginda yang sah di sisi undang-undang itu jangan sekali-kali dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
DAULAT TUANKU
(http://zul4kulim.blogspot.com/, 13 September 2010)
Salam 2 all.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas permasyhuran YTM Tengku Muhammad Faris Petra (42), Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda Tengku Ismail Petra berkuatkuasa hari ini Isnin 04 Ramadhan 1431 bersamaan 13 Sept 2010.
Pemasyhuran YTM Tengku Muhammad Faris Petra oleh YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, tengahari tadi menamatkan kemelut yang melanda Istana Kelantan sejak lebih setahun lalu apabila bekas Tuanku Sultan Kelantan kegeringan akibat serangan angin ahmar dan sakit jantung.
Saya berharap pemasyhuran Tuanku Faris akan membuka lembaran baru kepada pemerintahan di Kelantan yang akan menyaksikan hubungan lebih mantap diantara Istana dan Kerajaan Negeri. Umum mengetahui betapa sukarnya YAB To' Guru mentadbir Kerajaan Negeri apabila hubungan dengan istana dahulu dikatakan agak "sejuk" atas sebab-sebab yang tertentu.
Saya juga berdoa dan berharap rakyat Kelantan dan semua pihak berkaitan akan menghormati pemasyhuran Tuanku Faris kerana ianya dibuat menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan dan mematuhi semua peruntukan undang-undang yang ada. Di Negeri Kelantan, sebagaimana negeri-negeri lain, pemasyhuran seseorang raja adalah hak mutlak Majlis Perajaan Negeri. Tiada mana-mana pihak boleh mempersoalkan pemasyhuran tersebut. Dan Majlis Perajaan Negeri Kelantan telah pun membuat keputusan. Menurut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, tiada mana-mana orang atau Mahkamah boleh mempersoalkan pemasyhuran dan pertabalan Tuanku Faris tersebut!
Inilah uniknya sistem beraja yang kita amalkan sekarang. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju, tetapi itu soal kedua. Pada saya, sistem perlantikan tersebut memastikan bahawa kedaulatan dan keutuhan institusi Raja-Raja Melayu akan kekal dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Apatah lagi dalam keadaan orang Melayu yang makin berpecah dan kuasa Melayu/Islam makin terhakis akibat politiking melampau oleh segelintir orang Melayu, maka tanggungjawab menjaga dan memelihara serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu menjadi semakin penting.
Kita dapat melihat dalam satu kes apabila ada cubaan menceroboh kuasa perlantikan ketua sebuah institusi Islam dengan cubaan melantik seorang balaci politik digagalkan atas kebijaksanaan dan kewibawaan seorang Raja Melayu yang bertindak mempertahankan kesucian Islam daripada menjadi mangsa kerakusan politik sempit.
Saya juga ingin menasihatkan mereka yang mempertikaikan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dengan ugutan ianya mungkin satu "contempt of Court" (kerana konon cerita ada kes sudah difail di Mahkamah); bahawa kamu sendiri mungkin boleh dikenakan tindakan penderhakaan kepada seorang Sultan yang telah ditabal dengan sah mengikut undang-undang. Ingat, mempertikaikan kedaulatan seorang Sultan sama dengan memerangi Tuanku. Dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati kepada mereka yang memerangi mana-mana Raja Melayu!!
Saya ucapkan selamat bersemayam kepada Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra, semoga pemerintahan Tuanku diberi petunjuk dan kepimpinan oleh ALLAH, serta diberi keberkatan berpanjangan. Semoga Tuanku diberi kesihatan yang baik, dan mendapat hidayah ALLAH untuk membawa Kelantan ke arah negeri yang toyyibah.
Daulat Tuanku!!!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
04 Syawal 1431
13 Sept 2010